Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

80) SMART HOME

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan lokasi dan projek-projek SMART HOME dan pemaju terlibat dalam Selangor dan apakah ciri-ciri SMART HOME ini yang selaras dengan visi SMART SELANGOR?

    Untuk makluman Y.Berhormat, Kerajaan Negeri menerusi bajet 2016 telah memperuntukkan RM 10 juta untuk rumah pertama di bawah Skim „Selangor Smart Home Buyers‟. Kerajaan negeri akan menyediakan pendahuluan bayaran deposit sepuluh peratus (10%) untuk membeli rumah Selangorku untuk jenis A, B dan C. Berikutan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 35/2016 pada 19 Oktober 2016 telah bersetuju akan pelaksanaan skim ini namun pihak Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) perlu mengkaji dan meneliti secara terperinci akan mekanisme pelaksanaan skim ini dari sudut perundangan dan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) sebelum dilaksanakan.

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih meneruskan perbincangan lanjut dengan pihak Bank Negara dan juga pelbagai institusi kewangan/ bank iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia, Maybank Berhad dan Bank Persatuan Malaysia Berhad bagi memuktamadkan mekanisme terbaik dalam melaksanakan skim ini selaras dengan dasar peduli rakyat.

    Selain itu, Kerajaan Negeri turut telah mengadakan perbincangan bersama pihak Hijrah Selangor sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) dalam melaksanakan skim pinjaman ini kepada pemohon terlibat. Berdasarkan perbincangan dan maklum balas daripada semua pihak terlibat, terdapat 3 kaedah alternatif dalam pertimbangan untuk pelaksanaan skim ini sama ada melalui pemberian secara terus kepada pemohon tanpa ada bayaran pemulangan semula bayaran atau pembayaran secara bulanan dalam tempoh 5 tahun sehingga 10 tahun atau pemulangan pembayaran dibuat semula semasa urusan jualan rumah (subsale). Untuk itu, satu kertas cadangan dan mekanisme pelaksanaan skim ini akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dijangka pada bulan Ogos 2017 untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan.

    Sehubungan dengan itu, kelayakan penawaran Skim ini akan dibuat berdasarkan permohonan pemohon yang ditawarkan Rumah Selangorku di dalam Negeri Selangor.

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai mekanisme dan garis panduan dalam meluluskan projek SMART HOME?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.