Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

113) SMART BAS SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan frekuensi perjalanan bas dan membanyakkan lagi tempat-tempat menunggu bas di kawasan/ fasiliti Kerajaan Negeri?

    Sejak Perkhidmatan Bas Smart Selangor diperkenalkan pada tahun 2015, Kerajaan Negeri sentiasa memperkasakan sistem pengangkutan awam secara berterusan. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemantauan terhadap jumlah penumpang bagi setiap laluan dan frekuensi perjalanan  Bas Smart Selangor melalui pengumpulan data oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan secara bulanan. Hasil pemantauan tersebut akan dilaporkan dalam Jawatankuasa Tetap Mobiliti Selangor untuk perancangan penambahbaikan ke atas laluan yang mempunyai frekuensi yang rendah ke laluan yang mempunyai frekuensi yang tinggi. Selain itu, bagi meningkatkan kemudahan pengangkutan awam dan memenuhi keperluan masyarakat Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa memberi fokus dalam menyelenggara dan menaik taraf tempat menunggu bas sedia ada bagi memastikan rakyat Negeri Selangor mempunyai penerimaan yang positif dan keyakinan yang tinggi terhadap penggunaan pengangkutan awam di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.