Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
256) SKOP KERJA DALAM KONTRAK PEMBERSIHAN DI MPKJ
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah skop kerja dalam kontrak pembersihan di MPKj? Bagi kontrak pemotongan rumput di dalam taman perumahan pula senaraikan kekerapan kerja dan butir-butir bagi kerja berkenaan.
Skop kerja pembersihan awam MPKJ merangkumi pemotongan rumput, sapuan, pembersihan longkang, kutipan sampah pukal, pembersihan perhentian bas (MPKJ), Pasar siang/ pasar malam
– pemotongan rumput : komersial dan taman perumahan 2 kali dalam sebulan
– pembersihan longkang : komersial dan industri 4 kali dalam sebulan / taman perumahan 2 kali dalam sebulan
– sapuan : taman perumahan 2 kali dalam sebulan / jalan utama dan kawasan komersial serta industri setiap hari pagi dan petang
– kutipan sampah pukal : 1 kali seminggu
– Pasar siang / pasar malam : sapuan dan kutipan sampah hendaklan dibuat setelah tamat perniagaan
– perhentian bas (MPKj) ; setiap hari