Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

21) SKIM USIA EMAS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah yang berdaftar dan penerima skim ini sejak 2008 sehingga Oktober 2012.

    Seramai 200,356 orang telah berdaftar sebagai Ahli SMUE sehingga 31Oktober 2012.

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan sehingga Oktober 2012

    Seramai 35,119 orang telah menerima Bayaran Peringkat Pertama berjumlah RM35,119,000.00 dan 32,955 orang pula telah menerima Bayaran Peringkat Kedua berjumlah RM49,432,500.00 sehingga Oktober 2012. Seramai 2164 orang lagi sedang diproses bagi Pembayaran Peringkat Kedua yang melibatkan sejumlah RM3,246,000.00 yang akan dibayar dalam masa terdekat. Ini bermakna sehingga 31 Oktober 2012, sebanyak RM84,551,500.00 telah dibelanjakan untuk rakyat Selangor melalui manfaat Skim Mesra Usia Emas ini.

  3. Berapakah kos pengurusan Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) setiap bulan?

    Sejak beroperasi pada bulan Oktober 2008, purata bulanan kos pengurusan dan operasi RMSB bagi tahun 2008 – 2009 adalah RM 36,078, tahun 2010 RM 41,392, tahun 2011 RM 47,923 dan tahun 2012 pula adalah RM 67,193. Peningkatan kos ini adalah disebabkan pertambahan program yang diletakkan di bawah seliaan RMSB serta penambahan kakitangan yang dibuat berdasarkan keperluan. Yang terbaru adalah untuk program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).

Lampiran

Tiada Lampiran.