Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

12) SKIM USAHAWAN MIKRO KREDIT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pemohon Skim Usahawan Mikro Kredit sejak tahun 2014 sehingga kini?

    Jumlah pemohon Skim Usahawan Mikro Kredit sejak tahun 2015 sehingga Ogos 2019 adalah sebanyak 47,232 peserta dengan bilangan pinjaman sebanyak 61,196.

  2. Berapa ramai pemohon yang telah berjaya dan telah mendapat bantuan tersebut?

    Pemohon yang telah berjaya dan telah mendapat bantuan tersebut adalah sebanyak 46,352 peserta.

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sejak tahun 2014 sehingga kini?

    Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sejak tahun 2015 sehingga Ogos 2019 adalah sebanyak RM459,287,500.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.