Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
171) SKIM TAWAS, TUNAS, SIKEMBAR, HADIAH PENGAJIAN IPT SELANGOR, INSENTIF PERKAHWINAN BELIA, MIKROKREDIT, MIMBAR, SKIMSEL & SMUE
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan senarai lengkap jumlah penerima TAWAS, TUNAS, SiKEMBAR, Hadiah Pengajian IPT Selangor, Insentif Perkahwinan Belia, Mikrokredit, MIMBAR, SkimSel, SMUE untuk mahasiswa setakat tahun 2013 di DUN Teratai
- Jumlah penerima skim TAWAS, TUNAS, SiKEMBAR, Hadiah Pengajian IPT Selangor, Insentif Perkahwinan Belia, Mikrokredit, MiMBAR, Skimsel, SMUE bagi DUN Teratai pada tahun 2013 adalah 1,521 penerima. Butiran penerima mengikut skim adalah seperti berikut:
JUMLAH PENERIMA TAHUN 2013 BAGI DUN TERATAI
BIL PROGRAM MES PENERIMA 1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 572 2. Skim Bantuan Tadika (TUNAS) 0 3. Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) 0 4. Skim Hadiah Anak Masuk Universiti 146 5. Insentif Perkahwinan Belia 14 6. Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) 39 7. Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) 33 8. Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 717 JUMLAH 1,521 Bagi Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR), tiada permohonan diterima daripada pemohon di DUN Teratai.
-
Sila kemukakan senarai 1 Kampung 1 Industri yang sedangkan dilaksanakan di setiap kampung Negeri Selangor
Program ‘1 Kampung 1 Industri’ yang dilaksanakan di setiap kampung di Negeri Selangor adalah program yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).
Kerajaan Negeri tidak lagi menerima peruntukan ini bagi meneruskan pelaksanaan Program ‘1 Kampung 1 Industri’. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu program iaitu Program Peningkatan Keupayaan Produk Melalui Pembungkusan (4P) yang memberi fokus kepada usahawan- usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Negeri Selangor. Selain itu juga, pelaksanaan skim-skim di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang adalah inisiatif terbaik Kerajaan Negeri dalam meningkatkan ekonomi rakyat secara menyeluruh.