Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
107) SKIM TABUNG AMANAH PERKUBURAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan kerajaan Negeri Selangor dalam Skim Dana Tabung Amanah Perkuburan ini?
Kerajaan Negeri tiada menyediakan sebarang peruntukan tabung khas bagi pembangunan tanah perkuburan bagi sesuatu kaum. Walau bagaimanapun, sebuah tabung Akaun Amanah Perkuburan yang dianggotai oleh Jawatankuasa yang dianggotai oleh Jawatankuasa Akaun yang terdiri daripada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B. Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Bendahari Negeri dan semua Pentadbir Tanah Daerah telah ditubuhkan bagi memastikan fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa ini dilaksanakan.
Tujuan penggunaan wang dalam Akaun Amanah Caruman Kubur :
- Perbelanjaan untuk pembiayaan penyediaan tapak perkuburan atau kos pengambilan tanah bagi perkuburan Orang Islam dan Bukan Islam atau urusan pembayaran yang berkaitan dengannya ; dan
- Lain-lain perbelanjaan yang berkaitan pengurusan dan pembangunan perkuburan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Akaun.
-
Berapakah jumlah permohonan rakyat mengikut kaum untuk tujuan perkuburan di bawah skim ini sehingga kini?
Permohonan bagi keperluan rakyat untuk tujuan perkuburan adalah dipohon mengikut keperluan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Setakat ini tiga PBT yang telah mengemukakan permohonan bagi keperluan perkuburan yang mana telah diluluskan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Perkuburan. Berikut ialah senarai peruntukan pembiayaan bagi tujuan mengikut daerah.
SENARAI PEMBIAYAAN PERUNTUKAN DARIPADA AKAUN AMANAH PERKUBURAN BAGI TAHUN 2011 – 2012
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERKARA TAHUN JUMLAH (RM)
KLANG 1. Majlis Perbandaran Klang Projek Pembangunan Tanah Perkuburan Islam Kampung Delek 2009 800,000.00 2. Majlis Perbandaran Klang Projek Membina Infrastruktur dan Kemudahan Asas Tapak Tanah Perkuburan Islam Johan Setia Klang (Fasa 1)
2012 500,000.00 PETALING 1. Majlis Bandaraya Shah Alam Projek Kerja-kerja Penambahbaikan Tapak Kubur
Islam Seksyen 21 Shah Alam
2012 400,000.00 2. Persatuan Perkuburan Orang
Cina Batu 3, Shah
Alam
Pembinaan Calibrium April 2011
70,000.00 HULU LANGAT 1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya Kerja-kerja Awal Pembangunan Infrastruktur dan Landskap di
Tanah Perkuburan Islam Bukit
Sungai Seputeh (Bukit Permai)
Ampang
2011 1,000,000.00 2. Majlis Perbandaran Ampang Jaya Projek Menaiktaraf Infrastruktur Lapan Tanah Perkuburan Islam
Sedia ada Di Kawasan Majlis
Perbandaran Ampang Jaya
2012 400,000.00 -
Apakah usaha-usaha lain kerajaan negeri dalam menambahbaikkan pengurusan perkuburan?
Kerajaan Negeri telah menyediakan Laporan Inventori Tanah Perkuburan dan Keperluan Perkuburan sehingga Tahun 2060 di Negeri Selangor (Jilid 1) dan Laporan Inventori Tanah Perkuburan di Negeri Selangor Tahun 2010 (Jilid 2) yang menyenaraikan kesemua tapak-tapak perkuburan Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain agama di Negeri Selangor serta unjuran keperluan tapak perkuburan di Negeri Selangor sehingga tahun 2060. Laporan ini akan dijadikan sebagai pangkalan data bagi penyediaan tapak perkuburan untuk keperluan di Negeri Selangor.
Selaras dengan itu, untuk mengatasi kekurangan tapak perkuburan di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan penyediaan Tapak Perkuburan Wilayah Bersepadu secara perkongsian antara PBT bagi penyediaan tapak perkuburan dan kemudahan berkaitan dengannya. Perkara ini masih di peringkat perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).