Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

24) SKIM SMUE

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setakat ini sudah berapa orang telah berdaftar untuk menikmati faedah yang ditawarkan dalam skim SMUE?

    Sehingga 31hb Mac 2010 seramai 126,787 orang telah berjaya didaftarkan sebagai Ahli
    Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

  2. Kerajaan Pakatan rakyat telah meluluskan berapa jumlah wang ke atas skim SMUE semenjak memerintah Negeri Selangor pada tahun 2008.

    Sehingga kini sejumlah RM41.4 juta telah diperuntukkan untuk menjayakan Skim Mesra
    Usia Emas ini iaitu RM20.7 juta bagi tahun 2008 (bermula bulan Oktober) hingga 2009
    sementara RM20.7 juta lagi bagi tahun 2010 ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.