Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
166) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah objektif utama pelaksanaan Skim tersebut
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Smart Sewa dengan objektif utama adalah bagi membantu golongan yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan supaya dapat menyewa kediaman yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan kadar sewa yang berpatutan berbanding harga pasaran. Mereka ini akan diberi tempoh sewaan minima bagi setiap penyewa adalah selama 2 tahun dan maksima selama 5
Penyewa akan mendapat pulangan semula 30 peratus daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dalam tempoh minima 2 tahun. Dengan pengembalian sebanyak 30 peratus wang sewaan kepada pemohon selama tempoh simpanan tersebut maka bayaran tersebut boleh dijadikan sebagai wang pendahuluan dalam pembelian Rumah Selangorku pada masa akan datang. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memberikan keutamaan dalam penawaran kepada pemohon berkenaan untuk ditawarkan mana-mana projek Rumah Selangorku sedia ada sekiranya terdapat kekosongan unit.
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang disalurkan untuk menjayakan Skim tersebut.
Sehingga hari ini, sebanyak 861 unit rumah mampu milik dengan kos RM123.14 juta telahpun diproses untuk pemilikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan yang diterima dan kriteria yang dikenakan.
Untuk makluman Yang Berhormat , memandangkan skim Smart Sewa ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan millennials, pada tahun 2017 Kerajaan Negeri telah meningkatkan pembiayaan Skim Smart-Sewa
kepada RM100 juta untuk membeli unit-unit rumah di lokasi strategik yang akan disewakan kepada mereka yang berkelayakan. Setakat ini sebanyak 861 unit rumah mampu milik telah pun diproses untuk pemilikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim ini. Berdasarkan rekod, akibat kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan Rumah Selangorku, dijangkakan seramai 4,967 pemohon yang berminat untuk menyewa di bawah Skim Smart Sewa.
Sehingga kini 220 unit rumah telah sedia untuk disewakan dengan kadar sewaan daripada RM550.00 sebulan sehingga RM650.00 sebulan. Manakala sehingga hujung tahun ini sebanyak 111 unit lagi dijangka akan disiapkan dan sedia untuk disewakan manakala bakinya sebanyak 530 unit dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2018 hingga 2020.
Manakala pemilihan para peserta yang layak adalah berdasarkan kriteria- kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
- Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
- Pendapatan seisi keluarga iaitu:
- tidak melebihi RM5,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah; dan
- tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C dan D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
- Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
- Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor;
- Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30% daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan. Tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun; dan
- Penyewa akan diberikan pemulangan sewaan 30% daripada jumlah sewaan yang dibayar sekiranya menamatkan perjanjian sewaan dalam tempoh minima setahun atas sebab berpindah ke Rumah Selangorku yang ditawarkan oleh