Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
130) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini?
Sehingga hari ini, sebanyak 861 unit rumah mampu milik dengan kos RM123.14 juta telah pun diproses untuk pemilikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim
-
Berapa peserta setakat ini yang terpilih mendapat pembiayaan ini?
Sehingga kini 220 iaitu sebanyak 26 peratus unit rumah telah sedia untuk disewakan dengan kadar sewaan daripada RM550.00 sebulan sehingga RM650.00 sebulan. Manakala sehingga hujung tahun ini sebanyak 111 unit lagi dijangka akan disiapkan dan sedia untuk disewakan manakala bakinya sebanyak 530 unit dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2018 hingga 2020. Tuan Speaker, setiap penyewa dijangkakan akan menerima balik sekurang-kurangnya sebanyak RM10,000.00 hingga RM12,000.00 selepas lima (5) tahun. Dari itu, Kerajaan Negeri dijangkakan akan mengembalikan kepada penyewa sebanyak RM9.5 juta bagi membolehkan mereka dan keluarga memiliki kediaman.