Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
209) SKIM SMART-SEWA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima Skim Smart Sewa pada 2016 mengikut kaum
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah penerima untuk Skim Smart Sewa bagi tahun 2016 adalah seramai 17 orang pemohon Melayu sahaja berdasarkan unit tersedia untuk ditawarkan kepada pemohon Skim ‘Smart Sewa’ dengan melibatkan pembelian sebanyak 100 unit adalah seperti berikut:
BIL PROJEK BIL. UNIT STATUS TINDAKAN
1. Pangsapuri RKR Tun Teja, Alam Impian, Shah Alam – mulakan sewaan pada 1 September 2016 5 5 pemohon berjaya ditawarkan 2. Pangsapuri RKR Seroja, Setia Alam 20 Perjanjian S&P dalam proses dimuktamadkan (Unit telah siap) 3. Pangsapuri RKR Arista, Bandar Parklands, Klang 11 Perjanjian S&P dalam proses dimuktamadkan (CCC dijangka diperolehi Mei 2017) 4. Pangsapuri Kos Sederhana di Kapar, Klang – mulakan sewaan pada 1 Disember 2016 64 12 pemohon berjaya ditawarkan JUMLAH 100 17 pemohon Setakat ini, seramai 34 permohonan telah diterima di mana 5 tawaran berjaya ditawarkan di RKR Tun Teja, Alam Impian, Shah Alam dan 12 tawaran sahaja berjaya ditawarkan daripada 64 unit di Pangsapuri Kos Sederhana, Kapar, Klang disebabkan kerja-kerja pembaikan unit ke atas unit kosong sedang dijalankan. Manakala di Pangsapuri RKR Seroja, Setia Alam dan Pangsapuri RKR Arista, Bandar Parklands, Klang dalam proses penyerahan unit oleh pihak pemaju kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor pada tahun ini.
-
Nyatakan jumlah permohonan yang telah ditolak pada 2016 dan sebabnya
Jumlah permohonan yang diterima bagi tahun 2016 adalah sebanyak 34 permohonan sahaja di mana 17 layak tetapi pemohon menolak tawaran dan 6 pemohon tidak ditawarkan disebabkan tidak memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
Permohonan Rumah Selangorku Jenis A
- Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
- Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM5,000.00;
- Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
- Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di negeri Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25km perjalanan
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
atau:
Permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D
- Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
- Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM15,000.00 namun keutamaan kepada berpendapatan kurang RM10,000.00
- Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
- Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Negeri Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25km perjalanan; dan
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.