Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

55) SKIM SMART SEWA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah 30% daripada sewaan akan dipulangkan balik kepada penyewa sekiranya mereka masih tidak mampu membeli rumah selepas tempoh 5 tahun maksima menyewa rumah dibawah Skim Smart Sewa?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sekiranya mereka masih tidak mampu membeli rumah selepas tempoh 5 tahun maksima menyewa rumah dibawah Skim Smart Sewa maka pemulangan bayaran sejumlah 30% daripada kadar sewa akan dibuat kepada pemohon setelah tamat tempoh perjanjian tersebut.

  2. Adakah penduduk dipaksa pindah selepas tempoh 5 tahun menyewa rumah dibawah skim ini?

    Pada masa ini, Dasar Skim Smart Sewa telah menetapkan selepas tempoh 5 tahun maksima penyewaan rumah, pemohon tidak lagi akan dibenarkan untuk memperbaharui perjanjian sewaan baru dan unit tersebut akan diganti dengan pemohon yang baru. Ini bagi memberi peluang kepada pemohon yang lain untuk menikmati skim tersebut. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam proses penelilitian dan mengkaji semula dasar Skim Smart Sewa ini akan keperluan untuk melaksanakan penambahbaikan dan memperkembangkan skim ini kepada pelaksanaan ‘Skim Rent To Own’. Sekaligus, ianya membantu pembeli-pembeli sedia ada yang telah menyewa dibawah Skim Smart Sewa untuk menikmati skim baru iaitu Skim ‘Rent To Own’ selepas tempoh 5 tahun menyewa unit tersebut. Akhirnya, pemohon tersebut dapat memiliki kediaman  yang  mereka sewa  sebagai pemilikan  mereka  sendiri dan tidak perlu pemohon keluar daripada unit tersebut selepas 5 tahun.

     

    Walaubagaimanapun, perkara ni masih dalam peringkat perbincangan awalan dan memerlukan kajian akan kaedah/mekanisma pelaksanaan Skim ‘Rent To Own’ yang akan dilaksanakan oleh anak syarikat LPHS iaitu Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB).

Lampiran

Tiada Lampiran.