Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
52) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah penduduk-penduduk Selangor yang telah mendapat manfaat daripada program Skim Smart Sewa setakat ini?
Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 341 pemohon yang telah mendapat manfaat daripada program Skim Smart Sewa setakat ini berdasarkan 341 unit yang telah siap dan telah disewakan seperti berikut :
BIL. PROJEK LOKASI BIL. UNIT STATUS PROJEK 1. Pangsapuri Tun Teja (Jenis A) Alam Impian 5 Telah disewakan 2. Pangsapuri Arista (Jenis A) Bandar Parklands 11 Telah disewakan 3. Pangsapuri Rimba Jaya (Jenis A) Shah Alam 41 Telah disewakan 4. Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama (Pemberimilikan) Kapar 64 Telah disewakan 5. Taman Damai Utama (Jenis A) Puchong 110 Telah disewakan 6. Bandar Seri Coalfields (Jenis D) Ijok 10 Telah disewakan 7. Pangsapuri Asteria (Jenis C) Klang 50 Telah disewakan 8. Pangsapuri Azaria (Jenis C) Klang 50 Telah disewakan JUMLAH 341 Unit Manakala sebanyak 101 unit lagi yang telah siap pada awal tahun 2019 akan dibuka permohonan kepada orang awam dalam masa terdekat ini.
-
Bagaimanakah proses memohon Skim Smart Sewa oleh penduduk Selangor yang berminat? Apakah syarat-syaratnya dan berapakah yang telah memohon setakat ini?
Proses permohonan untuk Skim Smart Sewa boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman sesawang Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) iaitu http://phssb.com/borang/ atau pemohon boleh hadir ke Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) di Bangunan SUK Shah Alam bagi mendapatkan borang permohonan Skim Smart Sewa. Selepas melengkapkan permohonan tersebut, pemohon diminta mengemukakan permohonan ke PHSSB dan seterusnya PHSSB akan melaksanakan proses saringan pemilihan sebelum penawaran unit dibuat kepada pemohon yang layak.
Syarat-syarat kelayakan pemohon bagi Skim ‘Smart Sewa’ untuk Rumah Selangorku adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
- Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
- Pendapatan seisi keluarga iaitu ;
- tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah.
- tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C dan D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah ;
- Pemohon atau suami/ isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
- Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (diberi keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor;
- Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30% daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan. Tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun; dan
- Penyewa akan diberikan pemulangan sewaan 30% daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar sekiranya menamatkan perjanjian sewaan dalam tempoh minima setahun atas sebab berpindah ke Rumah Selangorku yang ditawarkan oleh LPHS.
-
Selain daripada tidak hutang dalam membayar sewa, apakah sebab-sebab lain yang akan mengakibatkan kelayakan peserta Skim Smart Sewa terbatal? (contohnya, bayar sewa tetapi tidak membayar kos penyelenggaraan)
Kelayakan peserta Skim Smart Sewa akan terbatal sekiranya penyewa :
- Gagal untuk menjelaskan sewaan bulanan sebelum atau pada 7 haribulan setiap bulan;
- Mempunyai tunggakan sewa bulanan (melebihi satu bulan) dan/ atau tunggakan bayaran utiliti;
- Adalah seorang yang diisytiharkan bankrap/muflis;
- Dibabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah oleh mahkamah;
- Penyewa atau suami/isteri, dalam tempoh Perjanjian ini, mempunyai rumah kediaman atau tanah yang diperoleh secara beli, pesaka, pajak, hadiah atau lain-lain cara yang terletak di dalam lingkungan 50km daripada unit sewaan ini atau
- Melepaskan posesi Premis tersebut atau sebahagian daripadanya kepada oaring lain atau mengambil orang-orang tumpangan;
- Melakukan perbuatan tidak bermoral, salahlaku dan melakukan pelanggaran lain-lainsyarat atau terma seperti yang terkandung di dalam perjanjian sewa.
Sehingga kini, jumlah permohonan untuk Skim Smart Sewa adalah seramai 1,930 permohonan.