Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
144) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah yang ada di dalam skim ini?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah rumah yang ada di dalam Skim Smart Sewa adalah sebanyak 799 unit di Negeri Selangor. Setakat ini, sebanyak 562 unit yang telah siap dan telah disewakan seperti berikut :
Manakala sebanyak 117 unit lagi di bawah Skim Smart Sewa telah disiapkan dan dibuat / sedang penyerahan kunci oleh pemaju kepada LPHS dan kini sedang dibuka permohonan kepada orang awam untuk tujuan penyewaan seperti berikut:
Terdapat sebanyak 120 unit lagi masih dalam pembinaan lagi dan dijangka dapat disiapkan pada akhir tahun 2020 seperti berikut :
Sehingga kini, 562 unit rumah telah disewakan dengan kadar sewaan bermula daripada RM450.00 sebulan sehingga RM900.00 sebulan. Manakala sebanyak 117 unit telah siap dan telah dibuat / sedang dalam proses penyerahan unit kepada LPHS manakala baki sebanyak 120 unit masih lagi dalam pembinaan di tapak.
-
Apakah kriteria dan pemilihan untuk mereka yang layak mendapat manfaat daripada skim ini?
Antara kriteria dan pemilihan untuk syarat – syarat kelayakan pemohon bagi Skim ‘Smart Sewa’ untuk Rumah Selangorku adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
- Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
- Pendapatan seisi keluarga iaitu ;
- tidak melebihi RM5,000-00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah.
- tidak melebihi RM15,000-00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C dan D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
- Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
- Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (diberi keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
- Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30% daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan. Tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.
- Penyewa akan diberikan pemulangan sewaan 30% daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar sekiranya menamatkan perjanjian sewaan dalam tempoh minima setahun atas sebab berpindah ke Rumah Selangorku yang ditawarkan oleh LPHS.