Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

302) SKIM SMART SEWA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kaedah untuk memohon dan menyertai Skim Smart Sewa yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2022.

    Untuk makluman Yang Berhormat, syarat kelayakan permohonan Skim Smart Sewa adalah seperti berikut:

    1. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
    2. Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM5,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    3. Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM15,000.00 sebulan bagi pemohonan sewa rumah jenis B,C & D
    4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
    5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25 km perjalanan; dan
    6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

    Orang awam boleh mendapatkan borang permohonan melalui laman web Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) yang merupakan Anak Syarikat Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi menguruskan operasi Skim Smart Sewa ini bermula pada Januari 2017. Borang permohonan boleh dikemukakan di kaunter dan secara e-mel kepada PHSSB untuk tujuan tapisan dan pemilihan.

  2. Berapakah jumlah perumahan yang telah dibina di bawah skim ini? Nyatakan pecahan mengikut kawasan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Skim Smart Sewa merupakan projek Rumah Selangorku (RSKU) yang bukan dibina oleh Kerajaan Negeri tetapi dibeli unit-unit RSKU tersebut daripada pemaju. Bermula tahun 2017 sehingga tahun 2023 jumlah keseluruhan unit-unit RSKU yang diluluskan pembelian oleh                          Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan skim ini adalah sebanyak 32 projek yang merangkumi 1,287 unit. Pecahan mengikut kawasan seperti berikut:

     

    BIL. PROJEK LOKASI

    BILANGAN UNIT

    1. Pangsapuri Rimba Jaya Shah Alam

    41

    2. Pangsapuri Tun Teja Alam Impian, Shah Alam

    5

    3. Pangsapuri Jalan Keretapi Lama Kapar, Klang

    9

    4. Pangsapuri Damai Utama Puchong

    110

    5. Pangsapuri Arista Bandar Parklands Klang

    11

     

    6. Rumah Teres 2 Tingkat, Bandar Desa Coalfields Ijok, Kuala Selangor

    10

    7. Pangsapuri Azaria Bandar Parklands, Klang

    50

     

    8. Pangsapuri Asteria Bandar Parklands, Klang

    50

     

    9. Pangsapuri Seroja Setia Alam

    11

     

    10. Apartment Trifolis Bukit Tinggi Klang

    30

     

    11. Pangsapuri De’ Kiara Setia Alam

    30

     

    12. Pangsapuri Taming Mutiara Bandar Sg Long

    30

    13. Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills (Jenis A, B, C, D) Kajang

    60

     

    14. Pangsapuri Seri Utama (B & C) Puchong

    60

     

    15. Pangsapuri Simfoni Semenyih

    13

     

    16. Pangsapuri Alpinia Puchong

    50

    17. Pangsapuri De’ Bayu Setia Alam

    30

    18. Rumah Bandar 2 Tingkat,

    Kota Puteri – PKNS

    Rawang

    20

    19. Rumah Teres 2 Tingkat,

    Antara Gapi -PKNS

    Serendah

    4

    20. Pangsapuri Serunai Bukit Raja, Klang

    50

    21. Pangsapuri Seri Akasia Puchong

    30

    22. Pangsapuri Harmoni 1, Putra Heights Subang Jaya

    30

    23. De Cemara Bandar Setia Alam

    24

    24. Pangsapuri Aranda Kota Kemuning

    14

    25. Pangsapuri Kemuning Idaman Kota Kemuning

    30

    26. Pangsapuri Aronia Bandar Parklands, Klang

    50

    27. Pangsapuri Kayangan Semenyih

    50

    28. Pangsapuri Danau Ria Rawang

    20

    29. Pangsapuri Selangorku @ Seri Temenggung Gombak

    40

    30. Pangsapuri Begonia (Emira @ TTDI Grove) Kajang

    10

    31. Pangsapuri Kos Rendah Taman Putra Prima Dengkil

    7

    32. Rumah Selangorku Selindung Ulu Yam

    28

    33. Pangsapuri Seri Damai, Bandar Selayang (Blok A) Gombak

    120

    34. Pangsapuri Seri Damai, Bandar Selayang (Blok B) Gombak

    120

    35. Rumah Selangorku Jenis (E Khas), Eco Ardence Bukit Raja

    20

    36. Rumah Selangorku Jenis (E Khas), Alam Impian Shah Alam

    20

    JUMLAH KESELURUHAN UNIT

    1,287

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mempelbagaikan jenis rumah dalam skim ini bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Rumah Selangorku (RSKU) yang dilaksanakan sebagai skim Smart sewa merangkumi komponen jenis A,B,C,D dan E. Rumah-rumah ini disewakan pada kadar sewa yang berpatutan berbanding sewa harga pasaran. Diskaun penyewaan akan mendapat pulangan semula sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dengan tempoh 2 tahun penyewaan hingga 5 tahun. Dengan pengembalian sebanyak 30 peratus wang sewaan bersih kepada pemohon maka wang tersebut boleh digunakan sebagai sebahagian wang pendahuluan dalam pembelian RSKU pada masa  akan  datang. Sekiranya mereka telah berkemampuan bagi membantu golongan ini memiliki kediaman sendiri, seterusnya LPHS akan memberikan keutamaan dalam penawaran kepada pemohon berkenaan untuk ditawarkan mana-mana projek RSKU sedia ada sekiranya terdapat kekosongan unit dengan pemohon memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.