Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
41) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah unit rumah yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri di bawah Skim Smart Sewa ini setakat 2024?
Untuk makluman Yang Berhormat, Skim Smart Sewa merupakan projek Rumah Selangorku (RSKU) yang bukan dibina oleh Kerajaan Negeri tetapi dibeli unit-unit RSKU tersebut daripada pemaju. Sehingga tahun 2023 jumlah keseluruhan unit-unit yang diluluskan pembelian oleh Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan Skim Smart Sewa adalah sebanyak 32 projek Rumah Selangorku (RSKU) yang merangkumi 1,287 unit untuk disewakan kepada orang awam.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk Skim Smart Sewa ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk Skim Smart Sewa ini bagi tahun 2017 sehingga tahun 2023 adalah sebanyak RM157,506,275.03 juta dengan menggunakan peruntukan di bawah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperluas lagi inisiatif ini?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor mensasarkan pembelian 1713 unit Rumah Selangorku bagi merealisasikan sasaran sebanyak 3,000 unit Skim Smart Sewa sehingga tahun 2025 di setiap daerah.