Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

21) SKIM SMART SEWA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian terkini program Skim Smart Sewa?

    Untuk makluman Yang Berhormat, bermula tahun 2017 sehingga tahun 2023 keseluruhan unit-unit yang diluluskan pembelian oleh Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan Skim Smart Sewa adalah sebanyak 32 projek Rumah Selangorku (RSKU) yang merangkumi 1,287 unit untuk disewakan kepada orang awam dengan jumlah dana yang diperuntukkan sebanyak RM 240 juta.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah baik program ini dengan meluaskan jaringan kawasan lain di Negeri Selangor termasuk kawasan Lembah Jaya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Smart Sewa dengan matlamat utama adalah bagi membantu golongan yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan supaya dapat menyewa kediaman daripada Kerajaan Negeri dengan kadar sewa yang berpatutan berbanding harga pasaran. Mereka ini akan diberi tempoh sewaan selama 2 sehingga 5 tahun penyewaan serta mendapat pulangan semula 30 peratus wang sewaan bersih apabila tamat tempoh sewaan.

    Sehingga kini pembelian Rumah Selangorku telah dilaksanakan di setiap daerah dengan keutamaan projek RSKU yang telah siap, lokasi yang strategik, harga terkawal dan dengan mengambilkira spesifikasi bangunan dan kemudahan yang disediakan oleh pemaju. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan meneliti              projek-projek RSKU yang berpotensi sekiranya ada di kawasan Lembah Jaya selaras dengan sasaran pembelian sehingga 3000 unit RSKU sehingga 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.