Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
12) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan penyewa yang menggunakan Skim Smart Sewa bermula 2018 sehingga kini mengikut DUN?
Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan rekod di Perumahan Hartanah Selangor Sdn Bhd bilangan penyewa yang menggunakan Skim Smart Sewa bermula 2018 sehingga kini mengikut DUN adalah seperti berikut:
BIL DUN
BIL JUMLAH PENYEWA (2018 – OKTOBER 2023)
1. BATANG KALI 5
2. BATU TIGA 53
3. HULU LANGAT 26
4. KAJANG 68
5. KOTA ANGGERIK 152
6. KOTA RAJA 10
7. PAYA JARAS 15
8. PELABUHAN KLANG 200
9. SELAYANG 17
10. SEMENYIH 13
11. SERI KEMBANGAN 49
12. SERI SERDANG 254
JUMLAH KESELURUHAN
862
-
Berapakah bilangan bekas penyewa Skim SmartSewa yang telah berjaya membeli rumah?
Berdasarkan rekod Perumahan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. bilangan bekas penyewa Skim Smart Sewa yang telah berjaya membeli rumah sendiri adalah sebanyak 82 orang penyewa iaitu kira-kira 41% daripada 202 orang penyewa yang telah menamatkan penyewaan atas sebab memiliki rumah sendiri.
-
Berapakah bilangan penyewa yang mempunyai tunggakkan bayaran sewaan?
Rekod di Perumahan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. menunjukkan bahawa kutipan program Skim Smart Sewa sangat memberansangkan, iaitu 99% sewaan tersebut dapat dikutip. Rekod terkumpul sehingga September 2023 mendapati hanya seramai 45 orang penyewa yang mempunyai tunggakan sebanyak RM23,470.00, iaitu 1% daripada jumlah kutipan keseluruhan yang berjaya dikutip berjumlah RM3,939,840.00.