Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
76) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kewangan yang terlibat setakat ini bagi proses pemilikan dan penyediaan rumah-rumah untuk disewakan?
Untuk makluman Y.Berhormat, jumlah peruntukan kewangan yang terlibat setakat ini bagi proses pemilikan dan penyediaan rumah-rumah untuk disewakan yang dikenali sebagai Skim ‘Smart Sewa’ adalah sebanyak RM 102.68 juta daripada Kerajaan Negeri. Menerusi bajet 2015, Kerajaan Negeri mula memperkenalkan skim ini dengan dana permulaan sebanyak RM 1.68 juta melibatkan 100 unit. Usaha ini diteruskan lagi di bawah Bajet 2016 sejumlah RM 1 juta dan bajet 2017 dengan peruntukan sebanyak RM 100 juta dengan anggaran pembelian sebanyak 590 unit.
-
Apakah strategi untuk penyewa mampu memiliki rumah sendiri?
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim „Smart Sewa‟ bagi membantu golongan yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan supaya dapat menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga pasaran. Mereka ini akan diberi tempoh sewaan minima bagi setiap penyewa adalah selama 2 tahun dan maksima selama 5 tahun. Penyewa akan mendapat balik 30 peratus daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dalam tempoh minima 2 tahun. Dengan pengembalian sebanyak 30 peratus wang sewaan kepada pemohon selama tempoh simpanan tersebut maka bayaran tersebut boleh dijadikan sebagai wang pendahuluan dalam pembelian Rumah Selangorku pada masa akan datang. Kerajaan Negeri melalui lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memberikan keutamaan dalam penawaran kepada pemohon berkenaan untuk ditawarkan mana-mana projek Rumah Selangorku sedia ada sekiranya terdapat kekosongan unit.
-
Adakah wujud rundingan untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada mengadakan rundingan untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan Skim ini. Pelaksanaan skim ini adalah melalui peruntukan Kerajaan Negeri sendiri dan setakat ini skim ini telah berjalan dengan lancar.