Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

226) SKIM SMART-SEWA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penyewa yang menerima manfaat skim ini mengikut tempoh?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga hari ini, sebanyak 861 unit rumah mampu milik dengan kos RM123.14 juta telah pun diproses untuk pemilikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim ini. Sehingga kini 220 iaitu sebanyak 26 peratus unit rumah telah sedia untuk disewakan dengan kadar sewaan daripada RM550.00 sebulan sehingga RM650.00 sebulan. Manakala sehingga hujung tahun ini sebanyak 111 unit lagi dijangka akan disiapkan dan sedia untuk disewakan manakala bakinya sebanyak 530 unit dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2018 hingga

  2. Nyatakan lokasi rumah dan jumlah unit untuk yang mengikuti skim ini?

    Lokasi projek Skim Smart Sewa yang telah siap dan disewakan kepada orang awam adalah seperti berikut:

    Bil. Projek Bil Unit
    1. Pangsapuri Tun Teja, Alam Impian 5
    2. Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar 64
    3. Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam 41
    4. Pangsapuri Taman Damai Utama, Puchong 110
    Jumlah 220

     

    Sehingga hujung tahun ini sebanyak 111 unit lagi seperti berikut dijangka akan disiapkan :

     

    Bil. Projek Lokasi Bil Unit
    1. Pangsapuri Arista, Bandar Parklands Klang 11
    2. Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands Klang 50
    3. Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands Klang 50
    Jumlah 111

     

    Manakala senarai projek Skim Smart Sewa yang dalam proses untuk pemilikan dan status projek masih dalam pembinaan sebanyak 530 unit dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2018 hingga 2020 seperti berikut:

    Bil. Projek Lokasi Bil Unit
    1. Bandar Bukit Raja Fasa 17B Bukit Raja 50
    2. Apartment Trifolis Klang 30
    3. Jade Hills Jenis A Kajang 10
    4. Jade Hills Jenis B Kajang 10
    5. Jade Hills Jenis C Kajang 10
    6. Jade Hills Jenis D Kajang 30
    7. Bandar Seri Coalfields Ijok 10
    8. Pangsapuri Taming Mutiara Cheras 30
    9. Taman Puchong Utama Jenis B Puchong 30
    10. Taman Puchong Utama Jenis C Puchong 30
    11. Pangsapuri Seri Akasia Puchong 40
    12. Emira @ TTDI Grove Kajang 10
    13. Setia Eco Templer A Rawang 10
    14. Setia Eco Templer C Rawang 30
    15. Pangsapuri De Bayu Setia Alam 30
    16. Pangsapuri De Kiara Setia Alam 30
    17. Pangsapuri Seroja Setia Alam 20
    18. Pangsapuri Subang Bestari Subang 30
    19. Bandar Rimbayu A Kuala Langat 40
    20. Bandar Rimbayu B Kuala Langat 50
    Jumlah 530

     

Lampiran

Tiada Lampiran.