Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
19) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan Skim Smart Sewa sehingga kini?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan Skim Smart Sewa sehingga kini adalah seramai 2,517 pemohon.
-
Berapakah jumlah unit rumah bagi Skim Smart Sewa yang telah diduduki dan belum diduduki sehingga kini?
Jumlah unit rumah bagi Skim Smart Sewa yang telah diduduki adalah sebanyak 625 unit manakala baki sebanyak 174 unit masih belum diduduki adalah terdiri daripada 90 unit adalah unit yang masih dalam pembinaan di tapak dan 84 unit dalam proses penyerahan unit dan telah diserahkan kepada LPHS. Seterusnya, LPHS akan membuat pemasangan lampu, kipas dan gril serta sebagainya sebelum unit tersebut disewakan kepada orang awam.
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan lokasi rumah-rumah bagi Skim Smart Sewa?
Senarai lokasi rumah-rumah bagi Skim Smart Sewa melibatkan 799 unit adalah seperti berikut :