Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

25) SKIM SEROJA DAN PASUKAN KESELAMATAN KAMPUNG (PKK)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan bagi setiap komuniti yang melaksanakan program PKK dan Seroja?

    Skim SEROJA telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bilangan 17/2013 pada 19 Jun 2013 selaras dengan Manifesto Pilihan raya Pakatan Rakyat bagi tahun 2013 untuk menjadikan Skim SEROJA sebagai Projek Perintis Keselamatan Rakyat Negeri Selangor. Lima pangsapuri kos rendah telah terpilih sebagai projek perintis bagi mengkaji keberkesanan dan impak ke atas kesedaran penduduk dalam hal-ehwal keselamatan pangsapuri seperti berikut:

     

    BIL. NAMA PANGSAPURI KAWASAN PBT
    1. Sri Era, Desa Latania MBSA
    2. Puchong Permai Blok A27-A30 MPSJ
    3. Mawar Cempaka MPK
    4. Laksamana Jaya A MPS
    5. Megah Villa MPSp

     

    Sehubungan dengan itu, sejumlah RM35,000.00 [Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Lima Ribu Sahaja] telah diperuntukkan melalui peruntukan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan sedia ada untuk pelaksanaan Skim SEROJA di pangsapuri terbabit seperti berikut:

    i)        Peralatan Keselamatan [5 set untuk setiap pangsapuri]

     

    Jenis Peralatan Harga Satu Set (RM) Bilangan Set Jumlah Kos (RM)
    Wisel 350 25 10,000.00
    Cota Besi
    Lampu suluh

    (chargeable)

     

    1. Peruntukan Geran Tahunan SEROJA 2013 (6 bulan).

     

    RM5,000.00 x 5 kawasan = RM25,000.00.

     

    Selain itu, keberkesanan terhadap Skim SEROJA ini telah dipersetujui untuk peruntukan sejumlah RM1 juta bagi tahun 2014 sekiranya ia berupaya dilaksanakan.

     

  2. Berapakah jumlah keseluruhan yang digunakan setakat ini?

    Perbelanjaan yang telah digunakan bagi pelaksanaan Program PKK di kalangan Kampung Tradisi, Kampung Baru dan Komuniti India adalah kurang daripada 50% kerana ianya masih dalam peringkat pelaksanaan di mana terdapat banyak prosedur-prosedur serta peraturan yang ditetapkan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang perlu dipatuhi. Setakat ini , bagi program SEROJA sejumlah RM10,000.00 telah dibelanjakan untuk membeli set peralatan keselamatan dan telah diserahkan kepada JMB pangsapuri terlibat. Manakala bagi baki sejumlah RM25,000.00 untuk geran tahunan SEROJA akan didepositkan dalam akaun JMB setelah kertas cadangan untuk penganjuran program keselamatan diterima lengkap daripada

  3. Apa rasional kerajaan negeri menetapkan peruntukan skim seroja dan PKK tidak selaras dari segi jumlah peruntukan dan insurans sedangkan kedua- duanya adalah dari kerajaan negeri?

    Peruntukan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi PKK adalah sebanyak RM5,000.00 setiap Kampung dan setiap Komuniti India. Peruntukan ini adalah bertujuan untuk membeli barangan keperluan untuk menjalankan aktiviti serta tugasan dalam PKK seperti lampu suluh , jaket/ “vest” dan sebagainya. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak merangkumi pembiayaan insurans untuk. Bagi setiap JKKK dan Komuniti India, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM10,000.00 setahun bagi menjalankan aktiviti serta program kemasyarakatan di kampung masing- masing yang diselaraskan di Pejabat Daerah. Program ini termasuk program- program yang menyentuh aspek keselamatan yang juga menjadi tanggung jawab di bawah JKKK ( Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) sebelum pelancaran program PKK. Selaras dengan konsep hak milik strata, dalam Akta Hak milik Strata 1985 (Akta 318) tanggung jawab menjaga pangsapuri adalah dalam tempoh interim ( maksimum 3 tahun) supaya keselamatan pangsapuri dijaga oleh penduduk sendiri (self- monitoring) yang akan diambil alih melalui penubuhan Rukun

Lampiran

Tiada Lampiran.