Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
266) SKIM RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah unit perumahan mampu milik dibawah Skim Rumah Selangorku telah dibina di DUN Semenyih sejak 2010?
Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Sehingga 15 Oktober 2023, terdapat 30 projek dengan 20,189 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di kawasan Mukim Semenyih. Daripada jumlah tersebut, 10 projek dengan 4,130 unit telah siap dibina, 3 projek dengan 1,959 unit sedang dalam pembinaan dan 17 projek dengan 14,100 unit masih diperingkat perancangan.