Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

42) SKIM RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa unit rumah mampu milik dalam Negeri Selangor yang telah di siap bina oleh Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga tahun 2013?

    1. Untuk makluman Y.B, sehingga kini, jumlah unit rumah mampu milik yang telah siap dibina oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak 1,682 unit
  2. Sila memberi pecahan bilangan pembinaan rumah mampu milik tersebut mengikut daerah di Negeri Selangor

    1. Pada masa ini, Kerajaan Negeri telah menyiapkan dua projek perumahan mampu milik yang melibatkan 1,682 unit iaitu sebanyak 1,422 unit di Bukit Botak, Selayang Daerah Gombak dan bakinya 124 unit di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi Daerah Hulu Langat.
  3. Jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi Skim Perumahan Mampu Milik dari tahun 2008 hingga tahun 2013.

    1. Jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi kedua- dua projek tersebut adalah sebanyak RM245,431,000.00 di mana projek rumah mampu milik Bukit Botak, Selayang RM 221,629,000.00 dan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi menelan belanja sebanyak RM23,802,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.