Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
150) SKIM RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah projek rumah mampu milik yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016?
Secara dasarnya, pada tahun 2016 terdapat beberapa projek yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui anak syarikat iaitu Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang masih didalam peringkat perancangan. Namun demikian, sehingga kini terdapat beberapa projek yang sedang dalam proses pembinaan dan perancangan oleh pihak Kerajaan Negeri dan pihak pemaju swasta. Perincian adalah seperti berikut :-
Projek yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-
Bil. PBT Pemaju / Pemaju Usahasama
Projek Bil. Unit 1.
MBSA
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
Temasya Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam.
210 (JENIS B)
210 (JENIS C)
280 (JENIS D)
2.
MPS
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI
Di Atas PT11466 Dan PT11415 Kg. Sri Temenggung, Mukim
418
SELANGOR (PKNS) Batu Daerah Gombak. 3.
Di Seksyen 9, Kota Puteri, Bandar Batu Arang, Daerah Gombak. 140 (FASA 1)
210
(FASA 2)
Hakmilik HSD 3781 PT 1957 Di Taman 4. MDHS Keruing Rasa, Mukim Batang Kali, Daerah
66 Hulu Selangor. 116 (JENIS B) Di Atas Sebahagian PERMODALAN Lot 13574, Mukim 104 5. MDSB NEGERI SELANGOR Panchang Bedena, (JENIS C) BERHAD (PNSB) Daerah Sabak Bernam. 40 (JENIS D) 6.
MBSA
WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD (Anak Syarikat PKNS)
Hakmilik HSM 10270 PT 34421 dan HSM 10274 PT 34425 di Mukim Sungai Buloh,
Daerah Petaling.
240 (JENIS C)
JUMLAH 2,062 -
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada syarikat yang gagal membina rumah mampu milik sebagaimana yang diarahkan dan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri mengambil inisiatif bagi menggalakkan pembinaan rumah mampu milik (Rumah Selangorku) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Rumah Selangorku berfungsi untuk :-
Melaporkan status pembangunan Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) daripada tahun 2010 sehingga kini khususnya yang masih belum mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang di
Mengenalpasti isu – isu berbangkit yang mengakibatkan pemaju masih gagal mengemukakan pelan Kebenaran
Menyelaras dan memudahcara proses-proses kelulusan Rumah Selangorku di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain agensi.
Kerajaan Negeri juga telah menyediakan beberapa kaedah kelonggaran syarat dan sebagainya, namun sekiranya pihak pemaju masih gagal untuk membina Rumah Selangorku, pihak Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengesyorkan arahan pembekuan atau ‘Stop Work Order’ bagi pembangunan berkaitan dengan pemaju berkaitan di dalam Negeri Selangor. Mekanisme tersebut akan dilakukan ‘By Case Basis’ yang akan diangkat untuk persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk syor tersebut.