Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

31) SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan yang telah disediakan dan dipohon bagi Skim Rawatan Jantung sejak skim ini diperkenalkan.

    Sejak Skim Rawatan Jantung diperkenalkan pada tahun 2018, jumlah peruntukan yang telah disediakan adalah sebanyak RM30,000,000.00, manakala jumlah yang dipohon adalah sebanyak RM28,714,457.82.

  2. Apakah tindakan kerajaan bagi menambah baik skim rawatan ini?

    Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan penambahbaikan Program Skim Rawatan Jantung pada tahun 2023 melalui perkara berikut:

    1. Penyelarasan harga rawatan bagi kategori saringan (maksimum RM5,000) dan pembedahan (maksimum RM50,000);
    2. Penyelarasan jumlah rawatan susulan kepada dua kali sahaja dengan had pembiayaan RM10,000; dan
    3. Pemohon yang layak hanya boleh memohon bantuan sekali seumur hidup.

Lampiran

Tiada Lampiran.