Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
51) SKIM RAWATAN JANTUNG NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor mengikut daerah.
Jumlah penerima bagi Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor sehingga 19 Ogos 2018 sejak dilancarkan pada 26 Februari 2018 adalah seramai 214 orang yang mana telah melibatkan perbelanjaan sebanyak RMM3,158,305.57. Daripada jumlah tersebut, seramai 52 orang pesakit telah menerima bantuan di antara RM20,000.00 sehingga RM299,845.00 seorang. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut :
DAERAH BIL PESAKIT PETALING 56 KLANG 55 HULU LANGAT 38 GOMBAK 30 KUALA LANGAT 10 SEPANG 8 KUALA SELANGOR 7 HULU SELANGOR 6 SABAK BERNAM 4 JUMLAH 214 -
Adakah pesakit jantung yang pernah menerima rawatan juga layak memohon skim ini?
Pesakit jantung yang pernah menerima rawatan sama ada di IJN atau di hospital lain adalah layak memohon bantuan di bawah skim ini sekiranya terdapat keperluan dan menepati syarat kelayakan. Namun begitu, Kerajaan Negeri hanya akan menanggung rawatan yang dilaksanakan di IJN sahaja.
-
Adakah skim ini akan diteruskan pada tahun depan?
Kerajaan Negeri sedang berbincang bersama Kerajaan Pusat untuk meyelaras semula semua peruntukan kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri pada masa ini. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa sebahagian program kesihatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada masa ini perlu ditanggung oleh Kerajaan Pusat kerana kesihatan merupakan “Federal List”. Walaubagaimanapun, keputusan samada program ini diteruskan atau tidak adalah tertakluk kepada hasil perbincangan tersebut.