Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
116) SKIM PINJAMAN LAPTOP
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan merancang untuk melancarkan Skim Pinjaman Laptop untuk pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan untuk membeli gajet supaya menjalankan kelas atas talian?
Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah melaksanakan pemberian gajet untuk disumbangkan kepada pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan dan juga kepada petugas barisan hadapan. Setakat ini MBI Selangor telah menyumbang sebanyak 72 gajet dalam bentuk laptop dan tablet.