Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
217) SKIM PERUMAHAN SELANGORKU DI MERU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah cadangan untuk dilaksanakan di kawasan pinggir dan luar bandar?
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Pekeliling Dasar Rumah Selangorku yang berkuatkuasa pemakaiannya bermula pada 1 Januari 2014, syarat penyediaan Rumah Selangorku yang dikenakan kepada para pemaju tertakluk kepada saiz pembangunan dan peratusan penyediaannya bergantung kepada perletakan sesuatu kawasan yang dikategorikan mengikut ZON pembangunan. Terdapat 3 ZON pembangunan iaitu ZON 1 yang terletak di dalam kawasan Lembah Klang, ZON 2 terletak di dalam sebahagian kawasan Lembah Klang, berpotensi untuk pembangunan dan juga di kawasan ‘sub-urban’ manakala ZON 3 terletak di kawasan luar bandar.
Di kawasan pinggiran bandar dikenali sebagai kawasan pembangunan di Zon 2 yang mana terdapatnya 10 projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang melibatkan 3,410 unit rumah. Perincian projek tersebut adalah seperti di Jadual 1 Lampiran 1.
Untuk pembangunan di Zon 3 iaitu kawasan luar bandar, terdapa 6 projek yang melibatkan 913 unit yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Perincian projek tersebut adalah seperti di Jadual 2 Lampiran 1.
LAMPIRAN 1
Jadual 1 : Perincian Projek Pembangunan Rumah Selangorku di Zon 2
Bil. Daerah Pemaju Lokasi Jenis Pembangunan Keluasan (kp) Bil. Unit Harga Jualan (RM) 1. Kuala Selangor Seristana Sdn Bhd Seri Pristana, Mukim Ijok Pangsapuri Rumah Selangorku 900 – 1,000 405 180,000 – 220,000 2. Hillpark Resources Sdn. Bhd. Bandar Puncak Alam, Mukim Ijok Pangsapuri Rumah Selangorku 900 – 1,000 1,034 180,000 – 220,000 3. Kumpulan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. Bandar Kuala Selangor, Pangsapuri Rumah Selangorku 1,000 91 220,000 4. Goldpage Assets Sdn. Bhd. Pekan Pasir Penambang, Mukim Kuala Selangor Pangsapuri Rumah Selangorku 900 – 1,000 272 180,000 – 220,000 5. Soon Sin Hin Development Sdn. Bhd. Mukim Hujong Permatang, Rumah Teres Selangorku 900 34 180,000 6. Perfect Eagle Development Sdn. Bhd. Mukim Ijok Pangsapuri Rumah Selangorku 750 – 900 180 42,000 – 180,000 7. Serambi Padu Sdn. Bhd. Mukim Hujung Permatang Pangsapuri Rumah Selangorku 700 – 900 499 42,000 – 180,000 8. Magic Season Sdn. Bhd. Saujana Aman, Mukim Ijok Rumah Teres Selangorku 800 315 150,000 9. 1st Mals Development (M) Sdn. Bhd. Mukim Hujung Permatang Pangsapuri Rumah Selangorku 700 – 1,000 140 42,000 – 220,000 10. Kuala Langat TS Development Sdn. Bhd. Mukim Bandar Pangsapuri Rumah Selangorku 750 – 900 440 100,000 – 180,000 Jumlah Besar 3410 Jadual 2 : Perincian Projek Pembangunan Rumah Selangorku di Zon 3
Bil. Daerah Pemaju Lokasi Jenis Pembangunan Keluasan (kp) Bil. Unit Harga Jualan (RM) 1. Sabak Bernam PNSB Ladang Air Manis, Mukim Panchang Bedena Pangsapuri Rumah Selangorku 700 – 800 260 42,000 – 150,000 2. Lian Soon Thiam Sdn. Bhd. Taman Emas, Mukim Panchang Bedena Rumah Teres Selangorku 750 – 1,000 95 100,000 – 250,000 Jumlah Kecil 355 3. Hulu Selangor PKNS
Antara Gapi, Mukim Serendah Rumah Teres Selangorku 900 219 180,000 4. Bandar Batang Kali Rumah Teres Selangorku 900 150 180,000 5. Ho Sin & Son Enterprise Mukim Batang Kali Pangsapuri Rumah Selangorku 750 – 1,000 178 100,000 – 220,000 6. Dato’ Liew Choo Bandar Kuala Kubu Bharu Rumah Teres Selangorku 900 11 180,000 Jumlah Kecil 558 Jumlah Besar 913 -
Bagaimanakah skim ini dapat juga di manfaat kepada belia yang tinggal di kampung?
Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan Rumah Selangorku diberi tumpuan di kawasan bandar bagi memudahkan rakyat Selangor memiliki rumah sendiri di kawasan yang lebih strategik dan berdekatan dengan tempat kerja. Walau bagaimanapun, terdapat juga cadangan pembinaan Rumah Selangorku di kawasan pinggir dan luar bandar bagi memenuhi permintaan belia yang tinggal di kampung. Ini memberi peluang belia untuk memiliki rumah sendiri di kampung halaman.
-
Berapa peratuskah pemohon skim ini mengikut pecahan umur pemohon?
Dari tahun 2008 sehingga Ogos 2015, seramai 2,695 orang pemohon telah berdaftar untuk memohon Rumah Selangorku di daerah Klang mukim Kapar dan jumlah tersebut 70% merupakan golongan belia yang berumur di bawah 40 tahun.