Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
109) SKIM PERUMAHAN KOS RENDAH UNTUK GOLONGAN MISKIN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bukit Melawati telah mencadangkan Skim Perumahan Kos Rendah di 3 kawasan iaitu, di Sungai Rambai,Ladang Kuala Selangor dan Kampong Tanjong Keramat. Apakah status permohonan ini ?
Buat masa ini Kerajaan Negeri belum menerima sebarang permohonan pembangunan rumah kos rendah di kawasan Sg. Rambai, Ladang Kuala Selangor dan Kampung Tanjong Keramat. Sehingga 30 Oktober 2010 terdapat seramai 386 pemohon berdaftar dalam Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Kos Rendah (SPPR) di Mukim Kuala Selangor.
-
Bilakah program ini akan dilaksanakan ?
Program ini hanya akan dilaksanakan sekiranya terdapat permohonan daripada pemaju untuk membangunkan kawasan-kawasan tersebut.