Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
211) SKIM PERPAIPAN AIR BERSEPADU (IWSS)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mohon menyatakan jumlah projek pemasangan paip air di bawah Skim Perpaipan Air Bersepadu (IWSS) mengikut PBT di Selangor.
Sehingga 28 Februari 2018, sebanyak 18 projek pemasangan paip air bersepadu (IWSS) sedang dilaksanakan oleh pemaju dan di dalam peringkat perancangan. Senarai pembangunan IWSS yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pemaju mengikut PBT adalah seperti berikut:
No.
WILAYAH
(Air Selangor)
PBT
Bil. Pemaju Terlibat
Bil. IWSS
Keperluan Air (Juta Liter Sehari) 1. Kuala Lumpur DBKL 26 5 98.5 2.
Petaling
MBPJ 1 2
36.4
DBKL 6 3. Sepang MPSP 29 3 33.0 4. Kuala Selangor MDKS 8 1 81.2 5. Hulu Langat MPKJ 39 3 185.7 6.
Hulu Selangor
MBSA 2 1
192.3
MPS 5 7. Kuala Langat MDKL 6 1 191.9 8. Gombak DBKL 2 2 71.6 No.
WILAYAH
(Air Selangor)
PBT
Bil. Pemaju Terlibat
Bil. IWSS
Keperluan Air (Juta Liter Sehari) MPS 3 MDHS 1 JUMLAH KESELURUHAN 128 18 890.6 -
Siapakah pihak berkuasa yang bertanggungjawab selaku agensi pemantau?
Air Selangor bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi memastikan projek IWSS ini dilaksanakan oleh pemaju berdasarkan kepada pelan sistem bekalan air bersepadu yang diluluskan. Pemaju-pemaju yang terlibat di dalam skim IWSS ini akan melantik ‘Lead Developer’, ‘Lead Consultant’ dan menubuhkan ‘Konsortium IWSS’. Perjanjian IWSS perlu disediakan bagi memastikan skim IWSS yang dicadangkan berjalan dengan lancar dan tiada pemaju yang menarik
Kerja-kerja pembinaan skim IWSS dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak pemaju dan perlu mematuhi syarat serta mendapat kelulusan permit dari PBT dan agensi- agensi yang berkaitan. Setelah sistem IWSS siap, ianya akan diambilalih oleh Air Selangor untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan.
-
Berapakah kos yang dibiayai oleh pemaju dan adakah Kerajaan menerima apa-apa bayaran daripada pemaju?
Kos pemasangan sistem IWSS dibiayai sepenuhnya oleh pihak pemaju-pemaju yang terlibat di dalam memajukan sistem IWSS berdasarkan kepada konsep perkongsian kos antara pemaju.
Pihak Kerajaan Negeri atau Pengurusan Air Selangor tidak terlibat dengan nisbah perkongsian kos ataupun menerima apa-apa bayaran daripada pemaju bagi melaksanakan skim IWSS ini. Walaubagaimanapun, pihak pemaju adalah tertakluk kepada pembayaran Sumbangan Modal Pembangunan (SMP) bagi unit- unit yang dibangunkan sepertimana yang dinyatakan di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).