Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

147) SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL INSURAN PESAWAH PADI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Skim tersebut.

    Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan Skim Insurans Pesawah yang melibatkan peruntukan berjumlah RM3,306,000.00 kepada sejumlah maksima 10,000 pesawah. Pada ketika ini, proses penerangan tentang faedah dan penggunaan kad insurans tersebut telahpun selesai dilaksanakan serta penghantaran borang pendaftaran pesawah sedang di peringkat akhir untuk dimasukkan ke dalam sistem data sebelum kad pesawah dapat

  2. Sila kemukakan berapakah jumlah bilangan pesawah Negeri Selangor yang layak menerima perlindungan skim insuran tersebut mengikut pecahan kaum.

    Jumlah keseluruhan pesawah di Negeri Selangor mengikut statistik IADA Barat Laut adalah seramai 9,332 orang yang mengusahakan sawah seluas 18,899 hektar. Dari jumlah tersebut, pecahan pesawah mengikut kaum yang layak untuk memohon bagi mendapatkan perlindungan insurans pesawah adalah seperti berikut :-

     

    a. Melayu 65%
    b. Cina 22%
    c. India 13%
  3. Sila nyatakan apakah perancangan jangka panjang termasuk memberi perlindungan insuran serangan penyakit dan bencana?

    Kerajaan Negeri sentiasa memandang tinggi akan komitmen golongan pesawah yang berterusan di dalam menyediakan bekalan beras kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu juga, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan yang terbaik buat golongan tersebut sebagai contoh pemberian Skim Insuran Pesawah bagi meringankan kos pesawah dari segi penjagaan

    Namun begitu, Kerajaan Negeri juga berpandangan bahawa skim insurans bagi tanaman jika terjadi serangan penyakit mahupun bencana adalah merupakan sesuatu yang akan diberikan keutamaan memandangkan ianya boleh meringankan bebanan kerugian jika bencana tersebut terjadi seperti mana serangan penyakit Hawar Daun Bakteria atau Bacterial Leaf Blight (BLB) yang melanda pada musim ke 2 tahun 2016 yang lepas. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada lagi mana-mana syarikat insurans yang menyediakan perkhidmatan tersebut berkemungkinan risiko bencana adalah amat tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.