Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

109) SKIM PERLINDUNGAN HAYAT SELANGOR (INSAN)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Enam juta rakyat Selangor dilindungi INSAN bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit. Berapa lamakah sasaran enam juta ini akan dicapai dan apakah mekanisme yang bakal digunakan?

    Pendaftaran Program Insan dibuka selama setahun bermula dari 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2023. Tempoh pelindungan adalah 12 bulan dari tarikh pendaftaran. Pendaftaran enam juta orang rakyat di negeri Selangor adalah terbuka bagi tempoh pendaftaran tersebut.

    Pendaftaran adalah secara digital melalui aplikasi e-dompet Wavpay yang boleh dimuat naik dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery. Pelbagai kaedah promosi sedang giat dijalankan. Antaranya ialah pengguna media sosial. Pautan media sosial adalah seperti berikut :-

    Website: www.programinsan.com

    Facebook: INSAN Selangor

    Instagram: @insan_selangor

    Twitter: @INSAN_Selangor

    Selain itu, penglibatan Pusat Khidmat Dun juga membantu menyebar luaskan promosi skim ini dengan edaran risalah dan bunting.

Lampiran

Tiada Lampiran.