Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
176) SKIM PERKHIDMATAN AWAM SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua penambahbaikan skim perkhidmatan awam Selangor dari 2010 sehingga kini.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 19/2017 yang diadakan pada 7 Jun 2017 dan yang telah disahkan oleh MMKN ke 20/2017 pada 14 Jun 2017 telah menimbang dan meluluskan cadangan menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran yang melibatkan kenaikan gaji, perubahan nama skim, penambahbaikan syarat lantikan, kemudahan cuti, tatacara pertukaran pelantikan dan kemudahan laluan kerjaya bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Negeri dan telah dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri tertakluk kepada penerimaan masing-masing.
Berikut adalah senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran dari tahun 2010 hingga tahun 2017 yang diluluskan untuk diguna pakai bagi pegawai perkhidmatan awam Negeri Selangor :
TAHUN 2010 Bil. Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Edaran Tarikh Kuatkuasa 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2010 – Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ 2 Februari 2010 2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2010 – Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam 30 Jun 2010 3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2010 – Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pesara Sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri 8 Januari 2010 4. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2010 – Pelaksanaan Modul Pengurusan Saraan, Faedah Dan Ganjaran – Submodul Pengurusan Cuti 19 Januari 2010 5. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2010 – Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri-Negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat 1 Mei 2010 6. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2010 – Pelaksanaan Modul Penamatan Perkhidmatan – Urusan Persaraan Kerana Mencapai Umur 55/56/58 Tahun, Urusan Persaraan Pilihan Dan Fungsi Kematian Dalam Perkhidmatan 1 April 2010 7. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2010 – Pindaan Kepada Lampiran A – Senarai Skim-Skim Perkhidmatan Yang Memperuntuk Syarat Lantikan Di Peringkat Ijazah Sarjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 11 Jun 2010 8. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2010 – Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam 11 Jun 2010 9. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2010 – Pelaksanaan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Aplikasi HRMIS 4 Oktober 2010 10. Surat Edaran – Kelayakan Pemberian Bantuan Sara Hidup Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mengikuti Kursus/ Cuti Belajar Jangka Panjang 1 Februari 2010 TAHUN 2011 11. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2011 – Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam 1 Januari 2011 12. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2011 – Dasar Dan Prosedur Pelantikan Bekas Tentera Ke Dalam Perkhidmatan Awam 22 Februari 2011 13. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2011 – Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis 1 April 2011 14. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2011 – Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam 28 Oktober 2011 15. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15/2011 – Pelaksanaan Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 1 Januari 2012 16. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2011 – Pelaksanaan Modul Perolehan Sumber Manusia – Fungsi Permohonan Pertukaran 20 Oktober 2011 17. Surat Edaran – Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Pegawai Yang Memangku Gred Kumpulan Pengurusan Tertinggi Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam 1 Januari 2012 TAHUN 2012 18. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13/2012 –Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1 Januari 2013 19. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2012 – Kaedah Pemberian Anjakan Gaji Berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum 1 Januari 2012 TAHUN 2016 20. Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/2016 – Dasar Baharu Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara 7 November 2016 21. Pekeliling Perkhidmatan Bil.6/2016 – Panduan Pertukaran Pelantikan 7 Oktober 2016 22. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2016 – Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan 20 Disember 2016 23. Pekeliling Perkhidmatan Bil.8/2016 – Kemajuan Kerjaya Laluan Secara Pantas (Fast Track) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan 21 Disember 2016 24. Pekeliling Perkhidmatan Bil.11/2016 – Kemudahan Cuti Kuarantin 1 Januari 2017 TAHUN 2017 25. Pekeliling Perkhidmatan Bil.1/2017 – Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu 28 Februari 2017 Tambahan lagi, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 18/2016 yang diadakan pada 1 Jun 2016 dan yang telah disahkan oleh MMKN ke 19/2016 pada 8 Jun 2016 telah menimbang dan meluluskan cadangan menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2016 untuk diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Negeri dan telah dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri tertakluk kepada penerimaan masing-masing.
Rasionalisasi ini adalah untuk memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekal modal insan terbaik, mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan, menambah baik mobiliti dan kemajuan kerjaya dan mengemas kini syarat lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa. Hasil kajian menyeluruh daripada 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa terdapat skim perkhidmatan yang ditambah baik, dijumud dan dimansuhkan dan jumlah skim perkhidmatan yang berkuat kuasa pada tarikh kuatkuasa pekeliling ini adalah 240 skim perkhidmatan. Terdapat tiga (3) perkara utama berkaitan penambahbaikan skim perkhidmatan melalui pekeliling ini iaitu Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam perkhidmatan awam pada RM1,200 sebulan, penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) dan faedah Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kecuali yang terlibat dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu.
Bagi menghargai perkhidmatan awam atas sumbangan dan khidmat bakti bakti kepada Kerajaan Negeri Selangor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) telah melaksanakan urusan pengambilan pegawai lantikan Contract of Service (CoS) ke tetap bagi pegawai CoS lantikan Negeri Selangor yang telah berkhidmat selama 15 tahun. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan pengumuman bajet tahun 2016 oleh YB Perdana Menteri. Seramai 42 orang pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam kumpulan pertama pelaksanaan pada tahun 2016 dan seramai 70 orang pegawai dan kakitangan yang terlibat bagi tahun 2017.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan skim perkhidmatan tersebut menjamin kebajikan penjawat awam di masa hadapan?
Sebarang penambahbaikan skim perkhidmatan awam yang berlaku di peringkat persekutuan yang melibatkan dasar dan polisi akan digubal dan dilaksanakan di Selangor tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.