Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

61) SKIM PENSIJILAN ORGANIK MALAYSIA (MYORGANIC) DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan ladang-ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based organically produced foods-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision) di Negeri Selangor.

    Senarai ladang myOrganic:

     

    Bil No myOrganic Nama Syarikat Daerah Tanaman
    1 myOrganic.04.0017/B-18 GK Organic Farm Sepang Bayam, Kangkung, Kailan, Kobis, Kacang Panjang, Timun Labu,Bendi, Terung
    2 myOrganic.04.0019/B-11 Golden Meridian Sdn Bhd Hulu Selangor Durian, Mangga, Cempedak, Rambutan, Pisang, Ciku, Jambu Batu, Limau, Pulasan, Tembikai, Sawi Jepun, Kailan, Bayam, Timun,K/Pjg, Terung dan Bendi)
    3 myOrganic.11.0001/B-71 Ligno Biotech                           ( Ng Szu Ting ) Hulu Langat Lignosus Rhinocerus (Tiger Milk Mushroom) ,Antrodia Camphorata (Taiwan Fungus Camphorates), Cordyceps Sinensis (Chinese Caterpillar Fungus), Corduceps Militaris, Pleurotus Tuber-Regium
    4 myOrganic.11.0021/B-72 Green Oasis Resources Sdn Bhd (Ladybird) Hulu Langat Sawi, Kailan
    5 myOrganic.12.0021/B-100 Jaz Agro Farm Kuala Langat Cendawan
    6 myOrganic.14.0020/B231 Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Gombak / Petaling Misai Kuching, Hempedu Bumi, Dukung Anak
    7 myOrganic.16.0020/B-180 Champ Fungi Sdn. Bhd. Klang Cendawan
    8 myOrganic.16.0021/B-181 7 Stars Agricultural Sdn. Bhd. Hulu Langat Cendawan
    9 myOrganic.17.0016/B-226 Malaysian Institute Of Sustainable Agriculture Gombak / Petaling Sawi, Kangkong, Bayam,Kailan, Pengaga
    10 myOrganic.17.0018/B-217 Muhammad Jamaluddin bin Mohd Salimi Kuala Selangor Cendawan
  2. Apakah langkah-langkah yang ambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pengusaha menghasilkan keluaran organik yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian sentiasa menggalakkan penglibatan petani bagi mendapatkan pensijilan organic melalui skim myOrganic. Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

     

    1. Memberi bantuan bagi projek pembangunan ladang organic seperti sayur, buah dan cendawan;
    2. Menyediakan ruang pasaran;
    3. Membantu dari segi khidmat nasihat dan memudahkan prosedur pasaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.