Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

51) SKIM PENDIDIKAN BELIA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah yang terlibat dan apakah perkembangan terkini skim ini?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan menyedari akan kepentingan pendidikan kepada golongan belia khususnya di Selangor. Sehubungan itu, satu program telah diperkenalkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, iaitu Program Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) yang telah bermula pada 7 Mac 2014 di mana seramai 38 orang calon yang telah berjaya ditawarkan ke program tersebut. Walau bagaimanapun, hanya 26 orang pelajar yang telah mendaftar dalam Semester Pertama. Daripada jumlah tersebut, seramai 20 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan pada Semester Pertama manakala seramai 6 orang pelajar yang gagal menduduki peperiksaan telah ditamatkan

     

    Pada 29 Disember 2015, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan temuduga kali ke-2 dan telah dihadiri oleh 12 orang calon. Daripada jumlah tersebut, seramai 8 orang telah berjaya dan ditawarkan untuk mengikuti program ini. Dengan itu, jumlah pelajar keseluruhan pelajar yang telah mengikuti program ini adalah seramai 28 orang.

  2. Apakah bidang-bidang kursus yang ditawarkan?

    Bidang-bidang kursus yang ditawarkan untuk pelajar sepanjang tempoh 3 tahun ataupun 6 semester sehingga menamatkan Program Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) adalah sebagaimana berikut :-

     

    SKP 2101 Kenegaraan Malaysia
    SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
    SKP 2204 Hubungan Etnik
    DCE 2103 Belia dan Masyarakat
    DCE 2221 Gender dan Pembangunan
    DCE 2284 Pembentukan Personaliti Belia dan Komunikasi
    DCE 2293 Pendidikan Kependudukan dan Kekeluargaan
    DCE 2311 Prinsip dan Amalan Kerja Belia
    DCE 2333 Proses Pembelajaran
    DCE 2410 Nilai dalam Komanwel dan Pembangunan
    DCE 2421 Bekerja Bersama Komuniti
    DCE 2482 Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Belia
    DCE 2484 Belia dan Kesihatan
    DCE 2541 Kemahiran Pengurusan dan Pembangunan
    DCE 2543 Perancangan, Pemantauan dan Penilaian Projek
    DCE 2571 Penyelesaian Konflik
    DCE 2595 Pembangunan Mapan dan Persekitaran
    DCE 2764 Perancangan dan Pelaksanaan Polisi

     

  3. Apakah ada rancangan untuk dibuka skim ini kepada golongan selain dari belia?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri masih belum membuka skim pendidikan kepada golongan lain selain daripada golongan belia. Ini kerana pihak Kerajaan Negeri perlu mengikuti syarat-syarat atau kriteria kemasukan berdasarkan kepada syarat Am Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Keperluan Khas Program seperti berikut :-

     

    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima (5) kepujian ATAU yang setara;

     

    • Berpengalaman dalam kerja belia, kerja sosial, pengembangan, pembangunan sumber manusia dan pembangunan komuniti sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; dan

     

    • Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat

Lampiran

Tiada Lampiran.