Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

192) SKIM PEMILIKAN TANAH UNTUK KEDIAMAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah proses penukaran tanah jenis pertanian kepada kediaman milik persendirian di bawah "Skim Pemilikan Tanah untuk Rumah Kediaman" semenjak ianya di perkenalkan sehingga kini mengikut Daerah?

    Jumlah permohonan pemberimilikan yang telah diluluskan dengan bayaran premium satu ribu ringgit adalah sebanyak 5317 permohonan dengan bayaran premium berjumlah RM 5,317,000. Butiran mengikut daerah adalah seperti berikut;

     

     

    DAERAH

     

    JUMLAH PERMOHONAN YANG DILULUSKAN

     

    PREMIUM NOMINAL RM1,000

    (RM)

    Hulu Selangor 164 164,000
    Kuala Langat 58 58,000
    Petaling 1038 1,038,000
    Hulu Langat 290 290,000
    Sepang 170 170,000
    Klang 66 66,000
    Sabak Bernam 696 696,000
    Kuala Selangor 1,237(kira semula) 1,237,000

     

     

    DAERAH

     

    JUMLAH PERMOHONAN YANG DILULUSKAN

     

    PREMIUM NOMINAL RM1,000

    (RM)

    Gombak 2,835 2,835,000
    JUMLAH 5317 5,317,000

    Sumber: Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)

  2. Nyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mempromosikan skim ini kepada Rakyat?

    Usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor bagi mempromosikan skim ini kepada Rakyat berdasarkan kepada objektif seperti berikut:-

     

    • Menyelesaikan masalah orang ramai berkaitan ketidakmampuan menjelaskan bayaran premium tanah;

     

    • Memberi peluang kepada rakyat Negeri Selangor membuat pilihan untuk menentukan kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing;

     

    • Membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan isu pendudukan setinggan di atas tanah kerajaan ; dan

     

    • Mempertingkatkan aspek Urus Tadbir dalam Pentadbiran dan Pengurusan Tanah Negeri

     

    Skim pemberimilikan kediaman melalui Pekeliling PTGS Bilangan 6/2011 (Garis Panduan Skim Pemberimilikan Tanah Kerajaan untuk tujuan bangunan kediaman persendirian di Negeri Selangor) yang menawarkan dua pilihan kaedah bayaran samada bayaran nominal RM1,000 atau diskaun 30% daripada bayaran premium yang dikenakan sekiranya dalam tempoh notis.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri telah memberi pilihan kaedah bayaran kepada pemohon untuk menjelaskan bayaran premium melalui Pekeliling PTGS Bil 1/2016 (kaedah pembayaran premium dan premium tambahan ke atas kelulusan permohonan pemberimilikan dan pembangunan tanah di Negeri Selangor) seperti berikut:-

     

    1. Melanjutkan tempoh bayaran premium dan premium tambahan seperti berikut:-

     

    Pembayaran premium Notis

    Borang 5A

    12 bulan
    Pembayaran premium

    tambahan Notis Borang 7G

    6 bulan + 1 bulan (tambahan caj 3%)

     

    Pengurangan bayaran premium sehingga 42% melalui pemendekan tempoh pegangan pajakan daripada 99 tahun kepada 60

Lampiran

Tiada Lampiran.