Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

215) SKIM PEMILIKAN TANAH BAGI YANG TIDAK MEMPUNYAI TANAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengadakan semula skim pemilikan tanah lot perumahan bagi yang tidak mempunyai tanah?

    Skim pemilikan tanah lot perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai tanah dirujuk kepada pembinaan rumah oleh penduduk setinggan atau peneroka bandar. Dalam kanun Tanah Negara 1965, tiada peruntukan uang memberi faedah kepada pendudukan tanah secara tidak sah (setinggan/peneroka bandar) oleh mana-mana orang melainkan melalui kaedah pemberimilikan  tanah di bawah Seksyen 76 kanun Tanah Negara.

     

    Berdasarkan kepada peruntukan di bawah Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2003, Pentadbir Tanah Daerah boleh menolak secara pentadbiran ‘summary rejection’ bagi mana-mana permohonan tanah yang terlibat dengan :

     

    1. Tanah rizab Melayu kecuali permohonan tersebut dibuat di bawah Enakmen Tanah Rizab Melayu;
    2. Tanah yang telah diberimilik;
    3. Tanah yang telah diluluskan pemberimilikan tetapi hak milik masih belum dikeluarkan;
    4. Tanah yang telah dirizabkan untuk kegunaan awam;
    5. Tanah yang telah diluluskan untuk tujuan rizab tetapi masih belum diwartakan.
    6. Permohonan yang tidak mematuhi syarat dibawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara;
    7. Tanah yang telah dibuat pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960;
    8. Tanah yang telah diluluskan pajakan melombong di bawah Enakmen Mineral (Selangor) 2000; dan
    9. Arahan dari masa ke semasa oleh pihak yang berkuasa.

     

    Di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara, tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan untuk mengusir mana-mana orang yang didapati menduduki tanah kerajaan secara tidak sah.

     

    Skim pemilikan tanah lot perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai tanah dirujuk sebagai program pemutihan kepada isu pembinaan rumah oleh penduduk setinggan atau peneroka bandar di atas tanah Kerajaan. Program ini dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah pendudukan secara tidak sah di atas tanah kerajaan yan gboleh dikuatkuasakan di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.