Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

26) SKIM PEMILIKAN TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional kerajaan Negeri memberi peluang pemilikan tanah bagi pemohon-pemohon berkelayakan?

    Skim ini disediakan bagi membantu rakyat negeri Selangor memiliki tanah kediaman secara sah dengan hak milik dikeluarkan atas nama individu yang berkenaan. Skim ini secara dasarnya di laksanakan selaras dengan dasar induk bagi Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan matlamat bagi memberikan hak milik kepada individu yang telah lama menduduki tanah kerajaan secara haram, melanjutkan pajakan hak milik tanah individu yang telah luput tempoh pajakan dengan pengenaan premium yang mampu dijelaskan, memutihkan hak milik individu yang telah melanggar syarat kegunaan tanah dan menyamaratakan pengenaan premium kepada rakyat Negeri Selangor tanpa mengira kawasan dan lokasi tanah tersebut berada

  2. Berapakah jumlah pemohon yang telah diluluskan pemilikan tanah mengikut daerah?

    Sebanyak 4120 permohonan pemberimilikan tanah yang telah diluluskan sejak 2008 hingga Mac 2012 dan pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut :

    BIL DAERAH   BILANGAN PERMOHONAN
    5. KUALA LANGAT   141
    6. GOMBAK   961
    7. HULU LANGAT   374
    8. HULU SELANGOR   483
    9. SABAK BERNAM   257
        JUMLAH 4120
  3. Apakah keperluan dan syarat-syarat pemberi milikan ini?

    Keperluan dan syarat-syarat bagi pemberi milikan di bawah Skim Pemilikan Tanah yang dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2011 adalah kepada individu yang telah lama menduduki/mendiami tanah-tanah kerajaan dan pemohon yang layak adalah tertakluk di bawah Seksyen 43 KTN.

Lampiran

Tiada Lampiran.