Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

235) SKIM PEMILIKAN KEDIAMAN PERSENDIRIAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan yang telah di luluskan dibawah Skim Pemilikan Kediaman Persendirian semenjak dilancarkan mengikut daerah?

    Jumlah permohonan yang telah diluluskan sehingga Disember 2014 di bawah Skim Pemilikan Kediaman Persendirian mengikut Pekeliling PTGS Bilangan 6 Tahun 2011 yang mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2011 adalah seperti berikut:-

     

     

    DAERAH

    JUMLAH PERMOHONAN MENGIKUT TAHUN
    2011 2012 2013 2014
    Hulu Selangor 88 68 38 20
    Hulu Langat 190 291 46 15
    Kuala Selangor 61 31 682 56
    Klang 7 5 4 3
    Kuala Langat 0 8 0 71
    Sabak Bernam 69 81 92 142
    Petaling 171 1609 232 150
    Gombak 295 898 830 291
    Sepang 282 22 32 65
  2. Apakah usaha KNS untuk memastikan rakyat mengetahui tentang skim ini?

    Bagi memastikan rakyat mengetahui Skim Pemilikan Kediaman Persendirian, Kerajaan Negeri telah menyediakan risalah-risalah yang menjelaskan skim tersebut dan diedarkan dalam program-program rasmi kerajaan, seperti Hari Bertemu Pelanggan anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), membuka kaunter pertanyaan di setiap PTD serta mengadakan sesi penerangan yang

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri turut membuat hebahan melalui media massa melalui akhbar rasmi Kerajaan Negeri iaitu ‘Selangor Kini’ dan media elektronik iaitu ‘TV Selangor’ dan Laman Web Pejabat Tanah melalui paparan Pekeliling PTGS Bilangan 6/2011.

  3. Berapakah jumlah kutipan premium dan cukai tahunan yang telah diperolehi oleh KNS mengikut tahun?

    Jumlah kutipan premium dan cukai tanah bagi skim ini adalah seperti jadual berikut:

     

     

    Daerah

    Jumlah Premium (RM)
    2011 2012 2013 2014
    Hulu

    Selangor

    159,049.00 87,359.00 259,049.00 511,409.00
    Hulu

    Langat

    82,254.00 249,654.00 58,394.00 24,965.00
    Kuala

    Selangor

    137,190.00 62,156.00 370,046.00 127,283.00
    Klang 116,140.00 82,281.00 38,594.00 3,000.00
    Kuala

    Langat

    118,578.00 250,742.00 96,652.00 47,690.00
    Sabak

    Bernam

    138,617.00 213,867.00 563,117.00 1,095,947.00
    Petaling 261,945.25 4,237,217.80 10,498,646.00 4,177,498.99
    Gombak 1,093,642.00 3,492,501.00 2,643,511.00 839,527.00
    Sepang 386,118.00 22,000.00 32,000.00 65,000.00
     

    JUMLAH

     

    2,493,533.25

     

    8,697,777.80

     

    14,560,009.00

     

    6,892,319.99

     

     

     

    Daerah

    Jumlah Cukai (RM)
    2011 2012 2013 2014
    Hulu Selangor 4,960.00 3,400.00 1,970.00 1,380.00
    Hulu Langat 8,930.00 14,550.00 2,300.00 750.00
    Kuala Selangor 2,745.00 1,550.00 34,100.00 2,800.00
    Klang 560.00 250.00 200.00 150.00
    Kuala Langat 1,656.00 809.00 523.00 430.00
    Sabak Bernam 3,450.00 4,050.00 4,840.00 7,100.00
    Petaling 10,917.00 38,941.00 23,200.00 7,500.00
    Gombak 15,750.00 35,920.00 41,000.00 14,550.00
    Sepang 14,100.00 1,440.00 1,640.00 3,250.00
     

    JUMLAH

     

    63,068.00

     

    100,910.00

     

    109,773.00

     

    37,910.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.