Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
103) SKIM PEMILIKAN KEDIAMAN ANAK MUDA LUAR BANDAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai skim pemilikan kediaman bagi anak muda luar bandar?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri pada masa ini tiada mempunyai skim pemilikan kediaman bagi anak muda luar bandar. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri masih belum ada perancangan untuk melaksanakan skim tersebut dalam masa terdekat ini. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia berkerjasama dengan anak syarikat kerajaan Negeri seperti PKNS, PNSB dan sebagainya yang berminat untuk melaksanakan skim pemilikan kediaman bagi anak muda luar bandar pada masa akan datang dengan mengenalpasti mana- mana tanah kerajaan yang berpotensi untuk dimajukan.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan kearah membantu anak muda luar bandar memiliki kediaman sendiri?
Sama seperti di SUB (a)