Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

14) SKIM PEMBERIAN AIR PERCUMA 20 METER PADU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah pembayaran setiap tahun oleh kerajaan untuk membiayai Skim Air percuma dari 2008 hingga 2015?

    1. dan b)

     

    Jumlah pembiayaan air percuma mulai Jun 2008 hingga Disember 2015 adalah sebanyak RM1,129,196,998.38 mengikut pecahan berikut:-

    METER INDIVIDU RUMAH PANGSAPURI (METER PUKAL)
    TAHUN BILANGAN AKAUN JUMLAH (RM) TAHUN BILANGAN AKAUN JUMLAH (RM)
    2008 7,097,011 68,674,733      
    2009 13,570,243 131,468,341
    2010 14,269,553 136,217,651 2010   9,468.80
    2011 14,836,061 140,738,976 2011   2,150,179.65
    2012 15,411,019 146,009,767 2012   7,181,566.51
    2013 16,084,584 151,360,586 2013   7,775,305.43
    2014 16,792,385 158,041,051 2014   7,817,456.03
    2015 17,448,081 163,561,318 2015   8,190,599.96
    Jumlah 115,508,937 1,096,072,423 Jumlah   33,124,576.38
  2. Berapakah jumlah meter air yang telah menerima Skim ini dari tahun 2008 hingga 2015?

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula bayaran tarif air di Negeri Selangor?

    • Penstrukturan semula industri perkhidmatan air telah melibatkan kos pengambilalihan sebanyak RM9.65 bilion iaitu terdiri daripada nilai awal RM2.0 bilion untuk nilai ekuiti dan RM7.65 bilion nilai liabiliti sedia

     

    • Selepas proses pengambilalihan selesai, perjanjian-perjanjian konsesi sedia ada akan ditamatkan dan perkhidmatan air akan beralih kepada

     

    • model industri yang baru. Air Selangor akan menjadi operator tunggal yang akan menjalankan aktiviti rawatan dan agihan air secara holistik dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan berasaskan syarat lesen dan KPI yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

     

    • Di bawah model baru industri air ini, pembiayaan perbelanjaan modal (“CAPEX”) untuk membaik pulih, menaik taraf dan membangunkan infrastruktur air akan dilakukan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sebuah syarikat milikan penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

     

    • Peralihan kepada model baru industri air ini, antara lain, melibatkan pemindahmilikan aset-aset air oleh Air Selangor dan syarikat-syarikat konsesi kepada PAAB dan sebagai balasan, PAAB akan mengambil alih dan melangsaikan segala pinjaman/hutang syarikat-syarikat konsesi yang diambil alih oleh Air

     

    • PAAB seterusnya akan memberi pajakan atau hak penggunaan aset-aset air tersebut kepada Air Selangor bagi tujuan menyediakan bekalan air kepada pengguna-pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk tempoh selama 45 tahun dan selepas tempoh tersebut, akan dipindahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Selangor

     

    • PAAB akan mengenakan sewa bulanan bagi pajakan dan penggunaan aset-aset air tersebut oleh Air Selangor, mengikut kadar sewa dan tempoh pajakan yang akan ditetapkan

     

    • Berdasarkan Pelan Perniagaan yang sedang diteliti Kerajaan Negeri, Air Selangor dijangka akan mencatatkan unjuran aliran tunai negatif sekiranya tiada pelarasan tarif dibuat dalam waktu terdekat ini. Keadaan ini akan menyebabkan Air Selangor memerlukan bantuan subsidi sekurang- kurangnya RM766 juta atau subsidi purata sebanyak RM255 juta setahun dari tahun 2016 sehingga 2018 daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai kos operasi dan sewa pajakan bagi menjamin perkhidmatan bekalan air kepada kesemua pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terganggu dan dapat

     

    • Dengan mengambilkira kos pembiayaan tahunan yang dianggarkan tidak kurang daripada RM160 juta setahun bagi Program Air

     

    • Memandangkan Air Selangor perlu menampung kos iaitu pertama; pengambilalihan sebanyak 0 bilion untuk nilai ekuiti, kedua; kos bagi

     

    • perbelanjaan CAPEX dan OPEX dan ketiga; kos bagi Program Air Percuma. Namun sebarang langkah untuk menetapkan kadar tarif akan mengambil kira bebanan yang ditanggung oleh rakyat, terutamanya golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana demi menjamin perkhidmatan bekalan air yang terurus dan holistik berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif di samping dapat meneruskan Program Air Percuma kepada seluruh rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.