Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
163) SKIM PELABURAN CEPAT KAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani skim pelaburan cepat kaya di Selangor?
Penguatkuasaan terhadap skim pelaburan cepat kaya adalah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia bersama agensi-agensi berkaitan yang lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Namun demikian, adalah menjadi tanggungjawab Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kakitangan-kakitangan awam tidak melibatkan diri di dalam skim-skim sedemikian. Dalam hal ini, salah satu inisiatif yang diambil adalah dengan menganjurkan taklimat pengurusan kewangan peribadi yang merangkumi pendedahan terhadap bahana terlibat dalam skim cepat kaya.
-
Nyatakan statistik kes di Selangor yang menjadi mangsa kepada skim cepat kaya pada tahun 2014 mengikut daerah?
POLIS
Tiada kes di Selangor yang menjadi mangsa kepada skim cepat kaya pada tahun 2014 mengikut daerah.
UNIT INTEGRITI
Statistik kes skim cepat kaya adalah di bawah pemantauan dan kawalan Bank Negara Malaysia. Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan rasmi bagi mendapatkan statistik kes skim cepat kaya bagi negeri Selangor, walau bagaimanapun maklumat berkenaan masih belum diperolehi.