Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

17) SKIM PEDULI SISWA (PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pemohon dan jumlah pinjaman yang diberikan oleh Skim Peduli Siswa sejak tahun 2016 sehingga kini?

    Skim Peduli Siswa diperkenalkan bermula tahun 2017 di mana seramai 13,367 pelajar telah memohon. Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM119.1 juta sepanjang tempoh 2017 sehingga 2020 bagi program ini.

  2. Berapakah jumlah penerima yang telah menerima pinjaman tersebut?

    Seramai 3,835 pelajar telah menerima pembiayaan di bawah program ini sejak tahun 2017 sehingga 2020.

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan kadar pembiayaan pada masa hadapan?

    Berdasarkan kedudukan kewangan dan peruntukan tahunan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, tiada perancangan untuk meningkatkan kadar pembiayaan bagi program Peduli Siswa.

Lampiran

Tiada Lampiran.