Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
133) SKIM PEDULI SIHAT (SPS)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat terhadap SPS?
a) dan b)
Sambutan rakyat amat menggalakkan terhadap Program Skim Peduli Sihat (SPS) memandangkan Skim “Terunggul di Malaysia, Hanya di Selangor” ini adalah julung-julung kali di lancarkan bukan sahaja di Negeri Selangor bahkan di Malaysia. Ia selari dengan hasrat Kerajaan Negeri yang peduli rakyat. Sehingga 14 Mac 2017, sebanyak 68,579 orang telah memohon untuk menjadi peserta Skim Peduli Sihat sejak ianya dilancarkan pada awal tahun. Jumlah pendaftaran SPS mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut:
BANGSA JUMLAH PENDAFTARAN PERATUSAN (%) MELAYU 47,697 69.55% CINA 9,258 13.50% INDIA 11,477 16.74% LAIN- LAIN 147 0.21% JUMLAH 68,579 100.00% -
Sila senaraikan butiran terperinci jumlah pendaftaran SPS mengikut pecahan kaum?
-
Sila nyatakan jumlah klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel SPS mengikut pecahan setiap Dun?
Sehingga 14 Mac 2017, sebanyak 889 klinik telah memohon untuk menjadi klinik panel Skim Peduli Sihat dan daripada jumlah ini sebanyak 650 klinik telah menyerahkan dokumen yang lengkap dan diluluskan sebagai klinik panel. Pecahan klinik mengikut Dewan Negeri adalah seperti berikut:
DUN TEMPAT JUMLAH N 01 Sungai Air Tawar 0 N 02 Sabak 1 N 03 Sungai Panjang 6 N 04 Sekinchan 1 N 05 Hulu Bernam 0 N 06 Kuala Kubu Baharu 4 N 07 Batang Kali 9 N 08 Sungai Burong 1 N 09 Permatang 4 N 10 Bukit Melawati 3 N 11 Ijok 1 N 12 Jeram 8 N 13 Kuang 5 N 14 Rawang 18 N 15 Taman Templer 9 N 16 Batu Caves 14 N 17 Gombak Setia 7 N 18 Hulu Kelang 2 N 19 Bukit Antarabangsa 3 N 20 Lembah Jaya 14 N 21 Chempaka 1 N 22 Teratai 2 N 23 Dusun Tua 4 N 24 Semenyih 8 N 25 Kajang 23 N 26 Bangi 21 N 27 Balakong 8 N 28 Seri Kembangan 15 N 29 Seri Serdang 13 N 30 Kinrara 23 N 31 Subang Jaya 23 N 32 Seri Setia 11 N 33 Taman Medan 8 N 34 Bukit Gasing 5 N 35 Kampung Tunku 5 N 36 Damansara Utama 9 N 37 Bukit Lanjan 5 N 38 Paya Jaras 7 N 39 Kota Damansara 18 DUN TEMPAT JUMLAH N 40 Kota Anggerik 31 N 41 Batu Tiga 25 N 42 Meru 14 N 43 Sementa 9 N 44 Sungai Pinang 5 N 45 Selat Klang 5 N 46 Pelabuhan Klang 15 N 47 Pandamaran 4 N 48 Kota Alam Shah 4 N 49 Seri Andalas 11 N 50 Sri Muda 19 N 51 Sijangkang 5 N 52 Telok Datok 8 N 53 Morib 3 N 54 Tanjong Sepat 1 N 55 Dengkil 12 N 56 Sungai Pelek 7 – Kuala Lumpur 147 – Negeri Sembilan 5 – Perak 1 JUMLAH KLINIK 650 Nota: Tiada klinik swasta yang beroperasi di DUN Sungai Air Tawar dan Hulu Bernam