Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

155) SKIM PEDULI SIHAT & KASIH IBU SMART SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setelah penjajaran dibuat terhadap kedua-dua skim ini, berapakah bilangan nama penerima terkini dan bilangan nama yang ditolak? Senaraikan mengikut pecahan DUN.

    Untuk makluman Yang Berhormat Sementa, setelah penjajaran dibuat terhadap program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), bilangan penerima yang aktif bagi KISS adalah seramai 14,180 orang manakala bilangan penerima yang ditolak disebabkan sudah tidak layak adalah 2,926 orang. Bagi KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) pula seramai 1,363 penerima telah didaftar sebagai aktif. Bilangan penerima KISS yang aktif dan bilangan penerima yang ditolak setelah penjajaran berdasarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Negeri Selangor adalah seperti berikut:

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menggantikan inisiatif-inisiatif ini kepada golongan sasar yang terlibat?

    Untuk makluman Yang Berhormat Sementa, pada masa kini Kerajaan Negeri mendapati tiada keperluan untuk menggantikan inisiatif Program KISS ini memandangkan manfaat yang diberikan amat membantu para ibu dalam menyokong ekonomi keluarga sekaligus mengukuhkan institusi kekeluargaan di dalam Negeri Selangor. Sehingga  5 Ogos 2021, seramai 20,371 orang (maklumat sebelum proses pemutihan dan pemurnian data) yang telah menikmati manfaat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri khusus untuk kalangan para ibu yang kurang berkemampuan dari segi pendapatan mereka.  Walaupun program Skim Insurans Peduli Sihat telah ditambahbaik dari segi syarat kelayakan dan kuota permohonan, namun Kerajaan Negeri masih lagi mengekalkan program-program kesihatan yang lain yang akan terus memberi manfaat kepada golongan B40. Kerajaan Negeri juga akan terus menilai bagi pelaksanaan program-program kesihatan yang baharu berdasarkan situasi dan keperluan semasa.

    Di antara program kesihatan yang masih boleh dinikmati oleh golongan B40 di negeri Selangor adalah program Bantuan Sihat Selangor (BSS) yang mana memberi manfaat kepada pesakit-pesakit dialisis, kanser, katarak mata malah membantu golongan B40 mendapatkan bantuan kaki palsu dan lampin pakai buang. Menyedari betapa bahayanya jangkitan penyakit Tuberculosis atau Tibi, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Program Insentif Rawatan Tibi bagi membantu pesakit-pesakit Tibi di kalangan B40 untuk mendapatkan rawatan Tibi di fasiliti kesihatan tanpa gagal.

    Selain daripada itu, golongan M40 dan B40 turut menikmati manfaat daripada program Skim Rawatan Jantung yang menawarkan bantuan rawatan secara percuma sehingga RM20,000.00 bagi setiap pesakit. Program ini masih berjalan sehingga ke hari ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.