Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
252) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memansuhkan dana peruntukan Skim Peduli Sihat sebanyak RM10,000 ini ditukarkan kepada dana peruntukan Mesra Rakyat?
Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang bagi memansuhkan peruntukan Skim Peduli Sihat atau sekarang dikenali sebagai Iltizam Selangor Sihat (ISS) kepada dana Mesra Rakyat memandangkan terdapat keperluan dana tersebut digunakan bagi tujuan rawatan dan kesihatan di bawah Program ISS.