Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

28) SKIM PEDULI SIHAT

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik kegunaan Skim Peduli Sihat mengikut DUN.

    Kemudahan mendapatkan rawatan asas yang cepat, selesa dan berkualiti merupakan salah satu tunjang kepada kehidupan yang sejahtera dan makmur. Justeru, pengenalan program Iltizam Sihat Selangor (ISS) yang merupakan penambahbaikan daripada Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) merupakan langkah yang tepat pada masanya. Rakyat yang layak bukan sahaja dapat menerima manfaat rawatan asas di klinik-klinik panel terpilih, malah turut menerima manfaat tambahan seperti bantuan pengebumian, pampasan kecacatan kekal dan kematian semulajadi.

     

    Sehingga 6 Julai 2022, RM6,430,149.00 telah digunakan oleh penerima manfaat ISS bagi tujuan mendapatkan rawatan asas. DUN Rawang merupakan DUN kadar tertinggi penggunaan melibatkan RM219,022.00 manakala DUN Morib adalah yang terendah dengan penggunaan sebanyak RM19,320.00. Perincian setiap DUN adalah seperti di Lampiran.

  2. Apakah syarat kini untuk pemohonan Skim Peduli Sihat?

    Bagi meneruskan agenda peduli rakyat pada tahun 2022, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam telah menambahbaik SIPS kepada Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) seperti berikut:

  3. Adakah kelayakan E-kasih merupakan kawajiban bagi pemohon Skim Peduli Sihat?

    Pada tahun 2022, jumlah penerima program ISS ditingkatkan kepada 100,000 orang. Syarat pendapatan isi rumah turut ditingkatkan kepada RM3,000 ke bawah bagi kategori keluarga manakala bagi kategori individu adalah RM2,000 ke bawah. Justeru, kelayakan penerima e-Kasih tidak lagi merupakan kewajipan atau syarat bagi permohonan program Iltizam Selangor Sihat (ISS). Namun begitu, adalah menjadi tanggungjawab setiap Yang Berhormat ADUN dalam memastikan mereka yang menerima manfaat ISS merupakan mereka yang betul-betul berkelayakan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.