Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
172) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah mekanisme dan tatacara bagi permohonan baru skim Peduli Sihat?
Bermula tahun 2022, Kerajaan Negeri telah menambah baik Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dalam memastikan lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan menerima manfaat daripada skim ini di samping memastikan perbelanjaan program ini dapat dikawal dan diselia dengan lebih baik. Justeru itu, Iltizam Selangor Sihat (ISS) telah diperkenalkan dengan pertambahan kuota kepada 90,000 penerima di samping had pendapatan bulanan isi rumah bagi kategori keluarga telah dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000.
Namun, sukacita ingin saya maklumkan bahawa, hasil daripada perbincangan bersama anggota Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SelPHAC), Kerajaan Negeri yakin mampu menambah penerima bilangan Program ISS kepada 100,000 orang tahun ini.
Tatacara permohonan bagi ISS masih lagi sama seperti SIPS iaitu pemohon yang layak boleh memohon melalui dua (2) kaedah iaitu secara dalam talian di https://pedulisihat.com atau penyerahan borang di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN masing-masing. Maklumat carta alir proses pendaftaran juga boleh didapati di laman sesawang https://pedulisihat.com.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, YB ADUN juga diberi peranan dalam pengesahan bagi pemohon yang tidak layak dari segi had pendapatan namun terdapat faktor-faktor lain yang membolehkan permohon tersebut dipertimbangkan seperti ibu tunggal atau terdapat ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik.
-
Adakah akan berlaku penambahan kouta di kawasan majoriti B40 ?
Seperti yang saya maklum sebentar tadi, sasaran kuota keseluruhan pada tahun ini adalah seramai 100,000 orang. Justeru, setiap DUN akan menerima pertambahan kuota termasuk di kawasan majoriti B40. Kaedah pembahagian kuota ini adalah berdasarkan formula yang digunapakai semasa pelaksanaan SIPS iaitu berdasarkan jumlah pengundi berdaftar di satu-satu DUN.
-
Berapakah jumlah insuran Peduli Sihat yang telah dibayar sepanjang tahun 2021 sehingga kini?
Perincian penyaluran dan perbelanjaan bagi tahun 2021 adalah seperti berikut: