Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

124) SKIM PEDULI SIHAT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Peduli Sihat ini mampu memastikan setiap rakyat Selangor mendapat khidmat bantuan kesihatan dengan segera?

    Skim Peduli Sihat adalah skim penjagaan kesihatan asas dengan kos rawatan percuma sehingga RM500 setahun bagi keluarga dan RM200 setahun bagi individu. Istimewanya, selain daripada mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, skim ini turut meningkatkan akses untuk mendapat rawatan kesihatan asas daripada mana-mana penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang mendaftar sebagai panel yang secara tidak langsung banyak ruang kepada rakyat untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Pada masa ini, terdapat 869 klinik yang berdaftar di sekitar Lembah

  2. Bagaimanakah skim ini boleh menggalakkan rakyat di Negeri Selangor lebih peka terhadap penjagaan kesihatan?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah penyertaan skim peduli sihat setakat 17 Oktober adalah berjumlah 582,932 orang dengan jumlah tuntutan sebanyak RM5.508

    Kadar penggunaan yang tinggi secara tidak langsung menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan telah meningkat dengan begitu ketara sekali.

     

  3. Apakah kriteria pemilihan klinik yang mempunyai skim ini?

    Kriteria Utama Klinik Amalan Am atau General Practice (GP) adalah seperti berikut:

     

    • Pengamal Klinik GP mesti berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan mempunyai Sijil Amalan Tahunan yang sah (APC);
    • Mempunyai akses Internet, Mesin Faks, dan Telefon; dan
    • Caj yang dikenakan mesti mematuhi Jadual Fi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

     

    Selain daripada kriteria utama di atas, Pengamal Perubatan bagi setiap klinik GP harus mematuhi perkara berkiut:

     

    • Sijil Amalan Tahunan atau Annual Practicing Certificate (APC);
    • Memorandum Persatuan atau Memorandum of Association (M&A);
    • Ringkasan Klinik Sebut Harga / Caj (PS-CC-C); dan
    • Borang Kelulusan Panel Pembekal Penjagaan Kesihatan (PS-AF-C)

Lampiran

Tiada Lampiran.